Hui Yee Meninggal Dunia di Usia 19 Tahun

Diterbitkan: Selasa, 18 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dina Bato Sambua, 51, tidak dapat menahan kesedihan ketika menatap mayat anaknya Tee Hui Yee, 19, di dalam keranda sambil ditenangkan oleh rakan anaknya Low Sze Jou, 16, di pusat persemadian jalan Fatimah, Batu Pahat Johor di sini, Selasa.
Hui Yee pernah menjalani pemindahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) lima tahun lepas, meninggal dunia hari ini selepas mengadu sakit dada dan belakang sejak semalam.
Hui Yee, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.02 pagi tadi di Hospital Batu Pahat.-Foto BERNAMA

Dina Bato Sambua, 51, tidak dapat menahan kesedihan ketika menatap mayat anaknya Tee Hui Yee, 19, di dalam keranda sambil ditenangkan oleh rakan anaknya Low Sze Jou, 16, di pusat persemadian jalan Fatimah, Batu Pahat Johor di sini, Selasa. Hui Yee pernah menjalani pemindahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) lima tahun lepas, meninggal dunia hari ini selepas mengadu sakit dada dan belakang sejak semalam.
Hui Yee, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.02 pagi tadi di Hospital Batu Pahat.-Foto BERNAMA


PETALING JAYA: Tee Hui Yi yang berjaya dalam dua pembedahan transplan jantung meninggal dunia di Hospital Batu Pahat pada Selasa.

Dia berusia 19 tahun.

Tee dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit dada pada pukul 10 pagi namun doctor mengesahkan dia meninggal dunia setengah selepas tiba di hospital.

Ayah Tee, Ah Soon, 57, berkata doctor tidak memaklumkan punca sebenar kematian anaknya kepada pihak keluarga.

"Dia sihat sebelum ini namun dia mengadu sakit badan malam tadi. Tee muntah beberapa kali (pada waktu pagi) sebelum badannya lemah dan dia tidak bergerak," kata Ah Soo sambil menambah dia cuba menyembuhkan semula tetapi tidak dapat mengubah apa-apa.

Tee terpaksa berhenti sekolah ketika di menuntut di Darjah Empat selepas tahap kesihatannya merosot. Dia terpaksa menggunakan jantung mekanikal ketika menunggu pembedahan transplan jantung.

Dia telah menjalani pembedahan transplan jantung pertama di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada 4 Oktober, 2007 namun badannya tidak dapat berfungsi dengan baik dengan organ berkenaan.

Hui Yee menjalani satu lagi pembedahan transplan jantung kali kedua keesokan harinya. Dia telah dibenatkan keluar daripada IJN pada 22 Disember selepas 15 bulan berada di hospital. Mayat Tee kini berada di rumah mayat Cina Jalan Fatimah di sini untung diberi penghormatan terakhir dan majlis pengkebumian akan berlangsung Khamis ini.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan