Dunia Perlu Hormati Sistem Perundangan di Semua Negara - Rais

Diterbitkan: Selasa, 18 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

YOGYAKARTA: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim membangkitkan isu penayangan filem "Innocence of Muslims" pada Mesyuarat Menteri-menteri Kebudayaan Asia dan Eropah (ASEM) Kelima di sini dan berharap mesyuarat itu dapat membuka mata dunia untuk menghormati sistem perundangan di semua negara.

"Saya membangkitkan isu penayangan filem menerusi YouTube yang begitu merendahkan dan memperlekeh Nabi Muhammad SAW, sehingga terasa oleh kami yang mewakili delegasi dari Malaysia untuk menyuarakan perkara ini di sidang ASEM Kelima ini di Yogyakarta. "Yang pertamanya, tidak boleh walaupun apa janjipun di belakang sesuatu sistem pemerintahan menganggap bahawa budaya atau agama sesuatu bangsa lain boleh diperlekeh atau diperkecilkan atau ditakluki kepada sentimen yang merendahkan sekali tamadun sesuatu bangsa dan agama," katanya kepada wartawan Malaysia di sini, Selasa.

Menteri itu berkata apa yang berlaku hari ini ialah laman YouTube, menerusi pemilikan Google telah merendahkan agama Islam secara yang paling daif dan filem itu seharusnya tidak boleh berselindung di belakang hak asasi bersuara seperti yang dituntut oleh sesetengah pihak.

Oleh yang demikian adalah patut bagi masyarakat Islam untuk bertindak oleh kerana mereka telah tidak diadili dengan baik oleh masyarakat yang kononnya tamadun mereka lebih tinggi seperti di Amerika dan sebagainya, katanya.

"Walaupun ASEM tidak mempunyai agenda khusus mengenai agenda ini, lantaran perkara ini muncul secara mendadak, maka saya mengambil kesempatan sebagai salah seorang anggota mesyuarat ini yang lama, untuk menyatakan bahawa kita (ASEM) perlu membuka mata dunia sekarang untuk meminta supaya sistem perundangan negara masing-masing dihormati.

"Dalam konteks ini walaupun saya tidak menyebut secara spesifik apa undang-undangnya, tetapi perundangan kita mengenai telekomunikasi dan multimedia di Malaysia perlu sekarang diberi laluan oleh Peguam Negara untuk dilaksanakan dengan cepat dan berkesan," katanya.

Rais juga berkata Seksyen 298A, Kanun Keseksaan yang menghalang sesuatu pihak memperkecilkan, mempersenda sehingga memecahbelahkan masyarakat, untuk dijadikan sebagai tindakan mutlak di bawah perundangan Malaysia bagi menangani isu itu.

Bagaimana Pendakwa Raya akan melaksanakan perkara itu, terserahlah kepada kebijaksanaan beliau, katanya.

"Tetapi saya menyatakan bahawa Malaysia bukanlah satu negara yang tidak ada hak untuk mempertahankan kewibawaan Islam di bawah perundangannya.

"Justeru suara ini perlu diperluaskan supaya Indonesia dan Malaysia juga serentak untuk menyatakan sentimen yang penting ini kepada tamadun dunia yang kononnya begitu tinggi tetapi pada hakikatnya rendah sekali apabila memperkecil, memperendah dan memperlekeh agama Islam," katanya.

Menteri itu berkata perkara itu disuarakan di mesyuarat ASEM demi keutuhan dalam pembinaan negara bangsa sendiri.

"Sekiranya tidak ada minat atau tidak begitu upaya menyatakannnya, itu sudah membuktikan bahawa kita rela agama kita diperlekeh oleh orang atau diketuk oleh orang sehingga kita tidak berupaya menyatakan apa yang hakiki," katanya.

Beliau menegaskan bahawa undang-undang di luar internet dan jenayah di luar internet itu adalah sama dengan jenayah dalam internet dan setiap negara mesti menguatkuasakan undang-undangnya.

"Jadi sentimen ini walaupun saya tidak dapat menyuarakan 100 peratus, tetapi gerak nadinya sudah saya cetuskan, terserah kepada pihak-pihak untuk menyusul tentang kedudukan agama Islam yang perkecilkan oleh pihak-pihak yang berkenaan. "Kami maklum White House telah meminta Goolge untuk menarik filem itu tetapi YouTube enggan, jadi ini harus dihakimi oleh masyarakat dunia, bukan oleh Malaysia. Malaysia akan cuba menguatkuasakan undang-undang dalam negara kita tetapi untuk antarabangsa harus ada suatu sistem di mana perkara ini tidak berulang lagi," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan