Cadang Laksana Hudud Di Negeri PAS

Diterbitkan: Selasa, 18 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: PAS akan mencadangkan agar hukum hudud dilaksanakan di negeri-negeri yang ditadbir mereka, kata Ketua Dewan Ulama parti itu, Datuk Harun Taib.

Beliau berkata parti itu perlu mampu melaksanakan hukum hudud apabila diberi mandat untuk memerintah kerana ia adalah selaras dengan prinsip-prinsip demokrasi.

"Kami berpegang dengan konsep sokongan majoriti dan pemerintahan majoriti yang termaktub dalam prinsip-prinsip demokrasi," katanya.

Harun berkata beliau menyokong kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa pelaksanaan hudud tidak perlu ditangguhkan kerana ia adalah satu kewajipan agama dan bukannya pilihan.

Jawatankuasa teknikal Kelantan yang dibentuk untuk membincangkan pelaksanaan hudud di negeri itu akan mengadakan mesyuarat kedua tidak lama lagi.

"Kita akan membincangkan terma rujukan serta tindakan yang dicadangkan dan tindakan susulan," kata Timbalan Pengerusi Jawatankuasa tersebut, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Mohd Amar berkata walaupun Kelantan telah meluluskan enakmen itu 19 tahun yang lalu, kerajaan negeri tidak mampu untuk melaksanakannya kerana bantahan daripada Kerajaan Persekutuan.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan