Tiga Terima Anugerah Tokoh Hari Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 17 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BINTULU: Bekas ketua menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh, bekas Pesuruhjaya Polis Sarawak Tan Sri Hamdan Sirat dan pelukis terkenal Ismail Embong adalah tiga penerima Anugerah Tokoh Hari Malaysia pada tahun ini.

Selain itu, dua atlet paralimpik negara, Hasihin Sanawi dan Muhamad Ziyad Zolkefli, yang masing-masing merangkul pingat perak dan gangsa pada temasya Sukan Paralimpik London 2012, turut menerima Anugerah Khas Pencapaian Cemerlang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan anugerah tersebut selepas merasmikan majlis sambutan Hari Malaysia ke-49 di sini malam Ahad.

Harris, 82, diberi pengiktifran kerana membawa pembangunan ekonomi yang pesat semasa menjadi ketua menteri keenam dari 6 Jun 1975 hingga April 1985.

Tokoh politik veteran itu telah mempelbagaikan sumber ekonomi Sabah dari terlalu bergantung kepada sumber pembalakan kepada pelancongan serta membangunkan ekonomi penduduk desa.

Manakala, Hamdan, 92, selain mencipta sejarah anak tempatan pertama menjadi Pesuruhjaya Polis Sarawak selama 10 tahun mulai 1 Oktober 1969 hingga 21 Disember 1979, beliau pernah mencipta sejarah unik apabila dilantik sebagai pemangku Yang Dipertua Negeri sebanyak dua kali iaitu pada 1978 dan 1982.

Pencapaian beliau dalam menangani ancaman komunis di Sarawak pada tahun 1970an dan sumbangan beliau dalam memajukan perkhidmatan awam kerajaan negeri sehingga diiktirf antara terbaik di negara ini.

Ismail, 61, pernah menjadi pelukis undangan ketika Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan itu dikenali sebagai Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dengan karya terkenalnya 'Tujuh Negarawan' yang memaparkan lukisan bekas presiden dan presiden UMNO sekarang.

Karya terkini Ismail ialah 'Sulalatus Salatin Empayar Kesultanan Melayu Melaka' yang pernah dipamerkan di Balai Seni Visual Negara.

Karyanya mengisahkan peristiwa sejarah melalui 49 buah lukisan termasuk saat kegemilangan dan kejatuhan empayar Melaka pada abad ke-15, yang dirujuk daripada buku Sulalatus Salatin - Sejarah Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Perpustakaan pada 1979.

Sementara itu, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim di dalam ucapannya pada majlis itu merakam penghargaan kepada semua yang terlibat dalam penganjuran sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan itu di sini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan