Pilihan Raya Kampus Tidak Perlu Campur Tangan Luar

Diterbitkan: Isnin, 17 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Para pelajar dari seluruh IPTA bersama kain rentang menyampaikan aspirasi mahasiswa dalam program Suara Merdeka Siswa, Sabtu lalu.
Para pelajar dari seluruh IPTA bersama kain rentang menyampaikan aspirasi mahasiswa dalam program Suara Merdeka Siswa, Sabtu lalu.

PETALING JAYA: Pilihan raya kampus perlu dilaksanakan secara profesional tanpa sebarang campur tangan atau pengaruh politik daripada pihak luar.

Menurut seorang pemerhati politik kampus, kemasukan politik luar menyebabkan suasana keharmonian di universiti terjejas dan perpecahan berlaku di kalangan mahasiswa.

"Kita juga menolak sebarang bentuk provokasi luar dan taktik kotor yang digunakan calon untuk meraih undi. Sebagai contoh tiga tahun lalu, beberapa 'kejutan' berlaku di Universiti Malaya (UM) membabitkan insiden meletakkan kepala babi di dalam surau Akademik Pengajian Islam universiti berkenaan.

"Malah, pada tahun lalu, calon Pro-Mahasiswa (pro-M) yang dilaporkan hilang kerana diculik berjaya mendapat undi simpati dan membolehkan kumpulan tersebut menang di UM. Kumpulan pro-M dilihat lebih cenderung menyokong parti pembangkang dan gemar berdemonstrasi," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Justeru, beliau berharap agar insiden tersebut tidak berulang kembali pada pilihan raya kampus melibatkan 20 IPTA di seluruh negara yang akan berlangsung pada 20 dan 25 September ini.

"Calon MPP di kalangan kumpulan Pro-Aspirasi dan pro-M perlu menang dengan cara profesional kerana tindakan itu akan mencerminkan keintelektualan mahasiswa yang sebenar," katanya.

Beliau yang enggan dikenali turut menyuarakan rasa kesal terhadap tindakan sekumpulan pelajar yang mengadakan protes untuk menuntut pilihan raya kampus yang didakwa kurang telus.

"Kebanyakan mereka yang menyertai demontrasi itu terdiri daripada kalangan siswi dari institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). Hanya sebilangan kecil saja iaitu dalang 'protes' melibatkan pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA)," katanya.

Beliau mendakwa, protes itu turut disertai pemimpin pembangkang yang membuktikan wujud pengaruh politik luar menjelang pilihan raya kampus kali ini.

"Kira-kira 200 pelajar dari kumpulan pro-M menuntut pilihan raya kampus yang adil di mana tuntutan mereka itu sama seperti yang diperjuangkan oleh Bersih," dakwanya.

Jelasnya lagi, pilihan raya kampus sebenarnya mendidik mahasiswa mengenai demokrasi bagi menjamin pembelajaran lebih kondusif di dalam universiti.

Sementara itu, beliau turut memuji program Suara Merdeka Siswa anjuran kumpulan Pro-Aspirasi yang berlangsung di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Program yang menghimpunkan wakil dari semua IPTA itu diadakan secara aman bagi meraikan sambutan kemerdekaan dan Hari Malaysia.

"Sikap itu membuktikan mahasiswa boleh menganjurkan program secara aman, berfikiran matang dan menjauhkan diri daripada bertindak keterlaluan seperti yang dilakukan sekumpulan mahasiswa yang secara terang-terangan memperjuangkan politik kepartian," katanya.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan