Kekal Positif Walaupun Dijangkiti HIV

Diterbitkan: Isnin, 17 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sokongan moral: Norazatulshima memeluk Sheila (membelakangi kamera) selepas menamatkan program anjuran MAC.
Sokongan moral: Norazatulshima memeluk Sheila (membelakangi kamera) selepas menamatkan program anjuran MAC.

KUALA LUMPUR: Norazatulshima Nordin mengambil masa lebih dua dekad untuk tampil dan mendedahkan kepada umum mengenai status HIVnya.

Walaupun dia pernah bertemu media sebelum ini, dia enggan namanya didedahkan.

Akhirnya pada Ahad, dia mendedahkan dirinya.

"Saya sedar bahawa tiada apa yang perlu dimalukan. Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan. Saya tidak takut," katanya selepas menamatkan program latihan pemerkasaan di sini.

Bercerita mengenai stigma dan diskriminasi yang diterimanya selama beberapa tahun, perkara paling menyedihkan adalah melihat anak-anaknya dibuli di sekolah.

Wanita berusia 38 tahun itu dijangkiti virus tersebut menerusi suaminya, 22 tahun lalu.

Ibu kepada tiga anak melalui pelbagai kesukaran untuk membesarkan anak-anaknya selepas suaminya meninggal dunia akibat AIDS.

Namun, wanita berjiwa kental itu memulakan perniagaannya sendiri dengan membuat kek dan menjual produk kecantikan untuk menyara keluarga.

"Saya boleh bekerja dan melakukan apa saja seperti orang lain selagi saya mengambil ubat-ubatan," katanya.

Norazatulshima antara 30 penghidap HIV/AIDS yang menghadiri program anjuran Majlis AIDS Malaysia (MAC).

Program itu diadakan untuk meningkatkan tahap keyakinan dan pengetahuan pesakit supaya mampu bercakap mengenai salah faham dan diskriminasi yang mereka hadapi.

Bekas penagih dadah Norasid Md Said, 38, berkata, dia mahu menjadi contoh kepada mereka yang hidup dalam ketakutan akibat disisih masyarakat.

"Saya tahu masih ramai enggan menerima bantuan. Saya mahu mereka tahu bahawa mereka boleh menghadapi rintangan ini," kata bapa kepada tiga orang anak dari Gemas ini.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan