Duta Mahu Jemaah Malaysia Kekalkan Imej Baik

Diterbitkan: Isnin, 17 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MADINAH: Lembaga Tabung Haji dan jemaah Malaysia diminta terus mengekalkan imej baik mereka dan negara di mata kerajaan Arab Saudi serta dalam kalangan jemaah haji dari negara lain.

Membuat gesaan itu, Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Syed Omar Syed Mohamad Al Sagaff berkata melalui interaksi beliau dan pihak kerajaan Malaysia dengan pemerintah Arab Saudi, jemaah haji Malaysia dilihat sebagai kumpulan yang selama ini tidak menimbulkan masalah semasa menunaikan haji di Tanah Suci.

"Kerajaan Arab Saudi sendiri memuji kecekapan Lembaga Tabung Haji dalam menguruskan jemaah termasuk dalam soal persediaan dan penjagaan kebajikan mereka," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyambut kedatangan kumpulan pertama seramai 320 jemaah haji Malaysia di sebuah hotel di sini, Isnin.

Turut hadir Pengerusi Muassasah Madinah, Dr Yusof Hawala dari Arab Saudi.

Pesawat Saudi Arabian Airlines yang membawa jemaah Malaysia itu mendarat pada 6 pagi Isnin waktu tempatan.

Duta itu menarik perhatian bahawa pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud sendiri pernah menyampaikan pujian baginda terhadap jemaah haji Malaysia semasa lawatan pemimpin Malaysia ke negara Timur Tengah itu.

Dalam pada itu, Dr Yusof menyampaikan penghargaan beliau kepada Lembaga Tabung Haji dan mengalu-alukan kedatangan jemaah Malaysia ke Madinah.

Beliau berkata, jemaah haji Malaysia menonjolkan komitmen yang baik dalam melakukan ibadat di samping moral yang tinggi dalam perlakuan dan pergaulan mereka.

Jemaah haji Malaysia sentiasa menjadi contoh dan mereka juga bukanlah golongan yang selalu memuji diri dan berlaku riak dengan jemaah dari negara lain, katanya dalam ucapan ringkas yang diterjemahkan oleh Syed Omar.

Tinjauan Bernama mendapati jemaah Malaysia yang baru tiba kelihatan ceria dan bersemangat walaupun keletihan selepas penerbangan selama lapan jam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pesara guru Mohd Nordin Harun dari Teluk Intan, Perak, bersyukur kerana perjalanannya tidak menghadapi sebarang masalah, sambil berkata keinginan untuk menunaikan haji mengatasi keletihan yang dirasai.

Perasaan serupa diluahkan isterinya, Norhamidah Omar Din yang berkata: "Saya gembira sangat, lama menunggu untuk sampai ke sini dan dapat memenuhi kehendak itu dengan suami. Perjalanan dari Malaysia sampai ke hotel cukup teratur dan layanan Tabung Haji memuaskan."

Kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Tarmizai Mohd Tasha, 47, pula mengaku mendengar banyak perkara negatif sebelum sampai ke Tanah Suci, namun bersyukur kerana semuanya berjalan lancar melalui pengurusan Tabung Haji. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan