Tangkis Kempen Halus Pembangkang - Ku Nan

Diterbitkan: Ahad, 16 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor meningatkan anggota dan pemimpin parti di peringkat akar umbi supaya menangkis kempen halus pembangkang kepada pengundi untuk tidak memberikan kemenangan besar kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Beliau berkata taktik sama oleh pembangkang pada PRU ke-12 pada 2008 telah mengakibatkan populariti BN merosot.

"Semua anggota Umno dan BN perlu ada keyakinan diri bahawa BN boleh menang dengan majoriti lebih baik termasuk kerusi Parlimen Kapar," katanya semasa merasmikan mesyuarat agung perwakilan Umno bahagian Kapar, di sini hari ini.

Tengku Adnan, yang juga setiausaha agung BN, berkata kempen halus oleh pembangkang adalah amat berbahaya kepada BN dan sayap Pemuda dan Puteri Umno perlu mendekati golongan muda untuk menangkis taktik sedemikian. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan