Sarawak Mahu Najib Terus Terajui Negara - Taib

Diterbitkan: Ahad, 16 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Kerajaan Sarawak mahu melihat Datuk Seri Najib Tun Razak untuk terus menerajui pentadbiran negara selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata Barisan Nasional (BN) Sarawak akan menyampaikan mandat supaya Perdana Menteri dapat membangunkan lagi negeri itu dan membawa kemakmuran yang berterusan kepada rakyat.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis jamuan malam yang dihadiri oleh Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor bersama lebih 500 pemimpin parti komponen BN Negeri, tuai rumah dan ketua masyarakat kawasan pilihan raya Sibu, Lanang dan Sarikei di sini pada Sabtu.

Najib dan isteri tiba di sini hari ini untuk memulakan lawatan dua hari dan akan melawat Bintulu esok untuk merasmikan majlis sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan di tapak lapangan terbang lama pada pukul 8.25 malam.

Taib, yang juga Pengerusi BN Negeri, berkata negeri itu amat yakin sekali untuk memenangi pilihan raya parlimen akan datang.

"Sejak dua tiga tahun lepas, pembangkang bercakap untuk merampas pemerintahan negeri dan kerajaan pusat kerana mahu membawa purubahan yang dinginkan oleh rakyat," katanya.

Pada masa sekarang, katanya, rakyat telah sedar bahawa pembangkang tidak boleh menunaikan apa yang dijanjikan oleh mereka.

"Hasilnya mereka memilih untuk mempercayai Najib lebih daripada pembangkang yang tidak menceritakan kebenaran mengenai beliau dan BN.

"Saya mempunyai harapan tinggi penduduk Sibu akan kembali dan menghargai jasa serta merasai sebenar kerajaan BN," jelasnya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan