Sarawak Alami Perubahan Pesat Menerusi Malaysia - PM

Diterbitkan: Ahad, 16 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad berkata rakyat tidak perlu menjadikan sebagai isu berhubung kuasa autonomi Sarawak ke atas kawasan tertentu atau perjanjian mengenai kemerdekaannya menerusi Malaysia.

Ini adalah kerana kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri telah mempunyai persefahaman yang amat baik mengenai perkara itu, katanya.

Malah, selepas Sarawak memperoleh kemerdekaannya menerusi Malaysia, ia telah mengalami perubahan pesat, kata Perdana Menteri.

"Kita akan membantunya mencapai lebih banyak lagi (kemajuan dan pembangunan) kerana kita mempunyai kerjasama yang telah membuahkan hasil yang amat efektif selama ini," katanya pada majlis Aidilfitri kawasan Dewan Undangan Negeri Nangka di perkarangan Masjid An-Nur, di sini.

Kira-kira 10,000 orang menghadiri majlis itu, yang turut dihadiri isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri beliau Puan Sri Ragad Kurdi Taib, dan wakil rakyat Nangka, Dr Annuar Rapaee.

Najib berkata kerajaan Persekutuan sentiasa prihatin dan memenuhi keperluan dan aspirasi Sarawak.

Beliau berkata kerajaan pusat, sebagai contoh, memberikan keutamaan bagi pelaksanaan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (Score), koridor wilayah pembangunan di negeri ini.

"Lihat sahaja Score. Ia baru-baru ini berjaya menarik lebih RM8 bilion pelaburan baharu dan nilai keseluruhan pelaburannya kini lebih RM30 bilion.

"Dan, apabila Taib berkata yang beliau mahu tenaga dijana dari Empangan Hidro Bakun sahaja untuk kegunaan di kawasan-kawasan Score, kita bersetuju dan menghormati permintaan beliau walaupun pada awalnya ia (Bakun) sepatutnya turut membekalkan tenaga ke Semenanjung Malaysia," katanya.

Najib berkata rakyat perlu berwaspada dengan mereka yang membuat pelbagai janji atau pengumuman tertentu kononnya akan membantu Sarawak mendapatkan lebih banyak kuasa autonomi dan menikmati lebih banyak pembangunan dan kemajuan.

"Kami, dalam Barisan Nasional, apabila kami berjanji, kami berasa takut yang kami akan dihukum jika tidak mampu menunaikannya. Pegangan BN ialah kami akan tunaikan apa yang kami janjikan," katanya.

Najib juga mengingatkan umat Islam supaya sentiasa kekal bersatu.

"Jika kita berpecah-belah atau tidak bersatu, kita akan menjadi lemah dan pihak tertntu akan mengambil kesempatan daripada keadaan itu. Tetapi jika kita kuat, kita perlu adil kepada orang lain, terutama mereka di kawasan luar bandar yang masih perlukan bantuan kita dan saudara bukan Islam kita, kerana Tuhan mahu kita sentiasa berbuat demikian," katanya.

Beliau berkata prinsip itu turut diamalkan dalam gagasan 1Malaysia yang diilhamkan beliau yang asasnya ialah keadilan sosial untuk semua.

Najib berkata kekayaan dan kemakmuran negara mesti dikongsi oleh semua dan atas faktor itu, kerajaan persekutuan sentiasa memberikan perhatian istimewa kepada Sabah dan Sarawak.

Pada majlis itu, Najib mengumumkan bantuan kerajaan RM1 juta untuk menaik taraf kemudahan di Masjid An-Nur Mosque dan bagi projek pengindahan masjid itu. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan