Peguam 'Beli' Ratu Cantik RM600

Diterbitkan: Ahad, 16 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Ratu Cantik Dunia Malaysia, Nadia Heng 'dijual' dengan harga RM600.

Bagaimanapun urusan jual beli itu bukannya seperti perdagangan hamba sebaliknya bagi tujuan amal.

Heng antara lima personaliti tempatan yang 'dijual' dan 'dilelong' bagi tujuan baik kepada pembida tertinggi bagi mengumpul dana untuk menaik taraf Pusat Sumber UndiMsia!

Sebagai habuan, 'pembeli' akan mendapat peluang keluar bersama-sama personaliti berkenaan.

Heng berkata beliau tidak kisah sama ada akan dibawa untuk makan malam istimewa ataupun sekadar makan di kedai mamak.

"Saya tidak keberatan 'dijual' seperti itu kerana ia adalah untuk tujuan yang baik," katanya ketika ditemui di majlis lelongan bersempena sambutan ulang tahun pertama UndiMsia! di Bangsar di sini pada Sabtu.

Menurusi bidaan untuk Heng, seorang peguam, Dipendra Rai, 37, berjaya 'membeli' dengan harga RM600.

Ditanya ke mana beliau merancang untuk membawa Heng, Rai berkata dia mahu memberi kejutan kepada bekas ratu cantik itu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan