Hina Islam: Pemuda Umno Cadang Adakan Bantahan

Diterbitkan: Ahad, 16 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaludin berkata pergerakan itu yang kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab menerbitkan filem antiIslam 'Innocence Of Muslims', bercadang mengadakan bantahan besar-besaran Jumaat depan.

Beliau berkata perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah menghina Nabi Muhammad s.a.w dan agama Islam tidak boleh dipandang remeh dan perlu ditentang demi mempertahankan maruah agama Islam sejagat.

Pemuda Umno akan mengadakan bantahan secara besar-besaran pada Jumaat ini bagi menzahirkan rasa kesal terhadap penerbitan filem antiIslam itu, katanya dan menurutnya lokasi dan cara bantahan itu sedang dibincangkan dan dimaklumkan dalam waktu terdekat.

"Bantahan ini dibuat tanpa mengira fahaman politik dan diharap ia akan menjadi platform kepada umat Islam menyuarakan kepada dunia bahawa perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan tindakan menghina Islam dan Nabi Muhammad s.a.w tidak boleh dipandang remeh.

"Sehubungan dengan itu Pergerakan Pemuda juga mengalu-alukan Dewan Pemuda PAS untuk turut serta mengadakan bantahan, ini adalah masalah sejagat yang perlu ditangani segera," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Permatang Pauh di Dewan Mutiara, Politeknik Permatang Pauh.

Beliau mengulas mengenai filem antiIslam 'Innocence Of Muslims' yang menghina Nabi Muhammad s.a.w dan agama Islam, arahan Sam Bacile, 52, dari California yang disiarkan dalam laman YouTube, yang telah mencetuskan kemarahan orang Islam di seluruh dunia.

Khairy berkata pihaknya sedang menunggu jawapan daripada Dewan Pemuda PAS mengenai pelawaan untuk bersama-sama mengadakan bantahan itu nanti.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan anggota Umno khususnya di Pulau Pinang agar tidak mengamalkan sikap cepat mengaku kalah sebelum berjuang kerana segala kemungkinan boleh berlaku di dalam politik.

"Setiap ahli perlu yakin dengan kemampuan untuk memberi saingan yang hebat pada pilihan raya umum akan datang, tidak mustahil kita boleh menang di kawasan yang diwakili pembangkang," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan