Dividen Interim Bukan Sedapkan Hati Peneroka - Isa

Diterbitkan: Ahad, 16 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Pemberian dividen interim sebanyak RM400 kepada 112,635 peneroka Felda adalah hasil daripada keuntungan saham selepas penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) di Bursa Malaysia dan bukannya dibuat secara sesuka hati untuk "menyedapkan" hati peneroka.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata pemberian dividen interim itu dibuat setelah mengambil kira nilai keuntungan 5.5 sen sesaham hasil daripada dua bentuk saham iaitu 800 unit saham yang dikhususkan kepada setiap peneroka dan Dana Amanah Peneroka yang diuruskan oleh Felda.

"Pihak pembangkang kata kita mahu menyedapkan hati peneroka, tapi sebenarnya kita bukan buat sesuatu untuk menyedapkan hati, tapi kita kena buat berdasarkan apa yang kita ada.

"Kita tidak akan buat sesuatu sesuka hati, kerana pihak Jawatankuasa Audit Bursa Malaysia tidak akan benarkan kita memberi dividen interim kalau kita tidak untung atau sekadar mahu menyedapkan hati," katanya ketika ditemui pemberita di majlis Aidilfitri Umno Cawangan Dataran Senawang, Senawang di sini Sabtu malam.

Beliau mengulas mengenai tanggapan sesetengah pihak terutama pembangkang yang mendakwa pemberian dividen interim yang dibuat oleh Felda kepada peneroka selepas penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia, dibuat sekadar untuk menyedapkan hati.

Pada 28 Ogos lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembayaran dividen interim sebanyak 5.5 sen sesaham yang akan dibayar dalam tempoh tiga bulan selepas tarikh pengumuman dividen tersebut iaitu selewat-lewatnya pada 27 November depan.

Mengenai ketidaktentuan harga saham FGVH, Mohd Isa berkata ia disebabkan oleh beberapa faktor seperti kejatuhan harga minyak sawit mentah dan ketidaktentuan ekonomi dunia.

Katanya, bagaimanapun peneroka tidak perlu gusar mengenainya kerana ia perkara biasa yang berlaku kepada syarikat-syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia.

"Semua syarikat perladangan yang terdapat di negara ini merasai kesan ini dan menghadapi keuntungan separuh tahun pertama yang tidak berapa baik. Bukan tidak untung, tapi keuntungan itu tidak sebaik tahun sebelumnya," katanya.

Sehingga Jumaat lalu, harga saham FGVH ditutup pada RM4.95, lebih tinggi berbanding harga tawarannya iaitu RM4.55 seunit sewaktu penyenaraian syarikat itu di papan utama Bursa Malaysia pada 28 Jun lepas. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan