Bekas Timbalan Menteri Sertai PKR - Berita Semasa | mStar

Bekas Timbalan Menteri Sertai PKR

Diterbitkan: Ahad, 16 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TUARAN: Bekas Timbalan Menteri persekutuan, Datuk Yahya Lampong menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk meneruskan perjuangannya dalam arena politik.

Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis sambutan Hari Malaysia anjuran pakatan pembangkang di Dalit, dekat sini pada Sabtu malam.

Yahya, yang merupakan antara bekas pemimpin veteran parti Usno yang sudah dibubarkan sebelum menyertai Umno, hadir sama pada majlis itu.

Turut hadir ialah bekas anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Lajim Ukin dan bekas timbalan presiden Upko, Datuk Seri Wilfred Bumburing.

Pada sebelah pagi semalam, Anwar mengumumkan penyertaan tokoh korporat terkenal Tan Sri Ibrahim Menudin ke dalam PKR di Labuan.

Sebelum ini, Lajim dan Bumburing menyatakan sokongan terhadap perjuangan pakatan pembangkang di Sabah. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan