Sektor Pendidikan Fokus Utama Bajet 2013 - Ahmad Husni

Diterbitkan: Sabtu, 15 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Sektor pendidikan menjadi fokus utama Bajet 2013 yang bakal dibentang pada 28 September ini, bertujuan memangkin pelaksanaan program transformasi pendidikan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata, ini kerana sektor pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha mempertingkat ekonomi negara.

"Perubahan dari segi ekonomi memerlukan pengetahuan dan kemahiran yang berbeza pada masa sekarang dan akan datang," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Pemimpin Bersama Rakyat Parlimen Tambun sempena Persidangan Perwakilan Umno bahagian itu pada Sabtu.

Dalam Belanjawan 2012, sektor pendidikan mendapat peruntukan terbesar iaitu RM50.02 bilion.

Ahmad Husni juga berkata, dalam penyediaan bajet, perbincangan akan diadakan dengan setiap kementerian, dan peruntukan ditentukan berasaskan kepada kedudukan kewangan negara.

"Ada kementerian yang kurang sedikit (daripada kementerian lain) kerana kita lihat keutamaan mana yang harus kita bagi dalam Bajet 2013," katanya.

Beliau berkata, fokus juga akan diberi terhadap usaha memperkukuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang ditetapkan kerajaan.

"Dari segi peruntukan pembangunan pula, kita telah mengadakan satu model yang berbeza daripada negara lain, malah negara lain sedang berusaha ke arah itu.

"Kita ada peruntukan untuk pembangunan tetapi kita telah memperkenalkan perkongsian awam-swasta di mana sektor swasta akan membiayai sebahagian besar daripada perbelanjaan," katanya.

Ahmad Husni berkata, selain fokus terhadap NKRA dan Program Transformasi Ekonomi (ETP), Bajet 2013 akan menjaga kepentingan masyarakat dalam keadaan kedudukan ekonomi dunia yang tidak begitu stabil. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan