Sayap Umno Perlu Kembalikan Kekuatan Parti Pada PRU13 - PM

Diterbitkan: Sabtu, 15 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan kesemua sayap Umno untuk bersama-sama mengembalikan kekuatan parti pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Najib yang juga Presiden Umno berkata anggota setiap sayap iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri Umno memainkan peranan penting untuk menentukan kelangsungan Umno sebagai parti yang berwibawa.

"Kita amat menghargai peranan, khidmat bakti dan sumbangan setiap sayap Umno. Kalau semua mainkan peranan, saya percaya kita dapat laksanakan dasar yang inklusif dan berkesan meliputi semua kelompok masyarakat.

"Jika kita benar-benar menyelami lubuk hati mereka, itu akan menjadikan kita parti dan pemimpin yang dekat dengan semua golongan dalam negara," katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Jumaat.

Turut hadir isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pergerakan Pemuda Khairy Jamaluddin dan Ketua Pergerakan Puteri Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin truut hadir.

Najib berkata setiap sayap juga perlu menjadi ejen perubahan agar terus relevan kepada masyarakat seiring dengan peredaran zaman, namun menegaskan setiap perubahan menuntut cadangan dan jawapan yang mantap.

Mengambil contoh pergolakan yang sedang berlaku di Afrika Utara, Timur Tengah dan beberapa negara di Eropah, Perdana Menteri berkata sesuatu perubahan seperti menukar struktur pentadbiran atau kerajaan tidak semestinya menjanjikan sesuatu yang lebih baik.

"Kalau perubahan itu mampu kita lakukan, maka kitalah yang akan dapat sokongan padu dari semua pihak demi rakyat negara ini."

"Meskipun hari ini kita berdepan dengan dunia politik yang lebih mencabar, namun Umno dan Barisan Nasional (BN) mampu menunjukkan kepada rakyat bahawa kita masih parti yang terbaik untuk mereka," katanya.

Najib berkata Umno dan BN telah membuktikan pada setiap zaman bahawa perubahan tidak semestinya menolak parti yang memerintah atau struktur pentadbiran sedia ada. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan