Penerbangan MAS Dari KLIA Ke Chennai Mendarat Di P.Pinang Berikutan Masalah Teknikal

Diterbitkan: Sabtu, 15 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Chennai, India, pada Sabtu terpaksa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) ekoran masalah teknikal.

Pengurus Kanan LTAPP Mohd Arif Jaafar berkata pesawat berkenaan mendarat pada pukul 8.04 pagi di LTAPP selepas juruterbangnya mengesan berlaku masalah teknikal pada pesawat itu.

"Saya difahamkan pesawat itu baru sahaja berlepas dari KLIA dan menghadapi masalah teknikal, jadi kami di sini (LTAPP) memberi kebenaran mendarat kerana memberi keutamaan keselamatan kepada penumpang dan anak kapal.

"Berikutan itu, berlaku sedikit kelewatan mendarat kepada penerbangan lain di sini," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata pemeriksaan lanjut sedang dijalankan terhadap pesawat itu dan dijangka meneruskan penerbangan dalam tempoh terdekat. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan