Parti Kita Umum Tujuh Lagi Calon PRU-13 Di Kedah

Diterbitkan: Sabtu, 15 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Parti Kesejahteraan Insan Tanahair (KITA) mengumumkan tujuh lagi calon pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) untuk bertanding di lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua kerusi Parlimen di Kedah.

Lima calon bagi kerusi DUN ialah petugas media, A. Appadorai, 59, yang akan bertanding di DUN Kuala Ketil, ahli perniagaan Samransak Kram, 27, (DUN Pedu), Azhar Ahmad, 34, (DUN Bakar Bata), Wan Rosli Omar, 40, (DUN Merbau Pulas), dan Vincent Tuh, 44, (DUN Bakar Arang).

Bagi kerusi Parlimen pula, N. Periasamay, 52, bagi kerusi Padang Serai dan Sanan Maniratana Eplat, 37, di kerusi Pendang.

Presiden KITA, Datuk Zaid Ibrahim berkata, beliau menaruh sepenuh keyakinan terhadap senarai calon yang sudah dipilih untuk bertanding di negeri ini.

"Saya yakin dari segi dia (calon), orang dari bawah dan terlibat dalam kegiatan komuniti, ini penting untuk kita. Kita tidak mahu calon daripada orang kaya-kaya sebab kita nampak orang kaya fikir diri sendiri dulu.

"Kita mahu orang yang boleh memahami masalah rakyat. Calon kita terdiri dari ahli perniagaan kecil-kecilan," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri Parti KITA Kedah di sini, Sabtu.

Sebelum ini, Parti KITA Kedah mengumumkan tiga calon yang akan bertanding kerusi DUN dan satu kawasan Parlimen iaitu Kamal Nasser Thow Beek, 49, (DUN Bukit Selambau), Cherean Isen, 34, (DUN Sungai Tiang), Ong Choon Seng, 52, (DUN Gurun), dan Suhaimi Hashim, 49, (Parlimen Sungai Petani).

Zaid berkata, Kedah merupakan negeri yang paling ramai diletakkan calon untuk bertanding dalam PRU-13, namun Parti KITA akan tetap meletakkan beberapa calon di negeri-negeri lain termasuk di Sabah. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan