Masyarakat Bandar Di Malaysia Miliki Kereta Pada Usia Muda

Diterbitkan: Sabtu, 15 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT JALIL: Masyarakat bandar di Malaysia secara amnya memiliki kereta sendiri semasa mereka masih belajar berbanding negara lain yang biasanya membeli kereta pertama mereka hanya selepas mula bekerja.

"Satu isi rumah tipikal yang mempunyai empat ahli keluarga mungkin akan memiliki sekurang-kurangnya dua buah kereta dan jika mempunyai anak berumur 18 tahun dan ke atas, ada kemungkinan akan menjadi lebih daripada dua kereta," kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha pada pelancaran Karnival Permotoran Star, Jumaat.

Beliau menambah pembelian kereta adalah pelaburan kedua paling berharga bagi kebanyakan rakyat Malaysia yang memberi banyak perhatian dan perincian sebelum membeli kenderaan.

"Jadi, mendapat sesuatu yang sesuai dengan citarasa dan bajet adalah penting kerana kita mahu mendapatkan nilai terbaik," katanya.

Menurut Kong, jualan kereta di negara ini diramalkan akan lebih tinggi pada tahun ini.

Beliau menambah, Persatuan Automotif Malaysia telah meramalkan bahawa jumlah jualan keseluruhan industri kereta boleh mencecah 615,000 unit pada tahun 2012.

"Jika dicapai, ia akan menjadi satu rekod baru bagi negara," kata Kong menambah momentum jualan kereta telah meningkat dengan ekonomi yang berkembang di negara ini.

Kong menambah statistik menunjukkan terdapat 22.18 juta kenderaan yang berdaftar di seluruh negara sehingga 31 Julai tahun ini.

Daripada jumlah itu, 45 peratus adalah kereta, 45 peratus motosikaldan baki 10 peratus kenderaan seperti van dan teksi.

"Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dilaporkan mendaftar sejumlah 136,394 kenderaan pada bulan Julai sahaja.

"Ini petanda hebat ekonomi yang semakin meningkat di negara kita, kuasa membeli dan status dalam industri automotif antarabangsa," kata Kong.

Star Motoring Carnival dianjurkan bersama oleh The Star dan Cityneon Malaysia, membawa bersama pemain industri untuk mempamerkan produk terbaru dan terbaik mereka.

Karnival ini bertujuan untuk menyediakan satu platform untuk bakal pembeli untuk mencari tawaran terbaik bagi kenderaan dan pelbagai aksesori auto berkaitan.

Ditaja oleh Petronas Dagangan Berhad, karnival yang dibuka Jumaat akan berlangsung sehingga 17 September dan dibuka setiap hari pada pukul 11.00 pagi hingga 10.00 malam.

Kemasukan adalah percuma untuk acara yang mempamerkan lebih 40 pemain industri yang mantap seperti Proton, Perodua, Toyota, Mitsubishi, Honda, Nissan, Mazda, Hyundai, Volkswagen, Daihatsu, dan Ford antara lainnya.

"Industri automotif Malaysia adalah salah satu sektor perindustrian utama negara yang berada di kedudukan di kalangan 20 teratas di dunia.

"Ia adalah kebanggaan negara apabila kita memperkenalkan Proton Saga pada pertengahan tahun 1980-an dan kemudiannya Perodua," kata pengarah urusan kumpulan dan ketua pegawai eksekutif Star Publications (M) Bhd eksekutif Ho Kay Tat.

Beliau menjelaskan sejak itu kedua-duanya telah menguasai industri automotif tempatan.

Karnival itu disokong oleh Star Rev dan starmotoring.com dalam di bawah Star Media Group.

iklan

Video

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan