Keputusan Rayuan Ke IPTA Ijazah Pertama Boleh Disemak Mulai Esok

Diterbitkan: Sabtu, 15 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Status keputusan rayuan permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi program pengajian lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, matrikulasi, asasi serta setaraf bagi ijazah pertama boleh disemak mulai 12 tengah hari esok.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Datuk Prof Dr Rujhan Mustafa berkata calon boleh membuat semakan keputusan menerusi laman web - http://upu.mohe.gov.my, http://www.jpt.utm.my, http://jpt.uum.edu.my, http://jpt.unimas.my atau http://jpt.ums.edu.my.

"Calon turut boleh mengetahui status mereka melalui sistem pesanan ringkas (SMS) bagi semua talian telefon bimbit dengan menaip UPU jarak RESULT jarak diikuti dengan nombor kad pengenalan, dan hantar ke 15888 atau menghubungi talian hotline 03-88706767, helpline 03-88706777 dan talian am 03-88706755 atau 6766," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat.

Beliau berkata calon juga boleh menyemak dan mencetak surat tawaran rasmi menerusi laman web rasmi IPTA mulai Selasa ini, dan rayuan dianggap gagal sekiranya tiada sebarang tawaran diterima daripada IPTA sehingga akhir bulan ini.

Calon yang menghadapi sebarang pertanyaan dan kemusykilan boleh menghubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pengajian Tinggi di talian 03-88706767 dan 03-88706777. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan