Hasutan Ketua Punca 250 Jemaah Umrah Salah Guna Visa

Diterbitkan: Sabtu, 15 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tindakan 250 jemaah umrah kelolaan Destinasia Travels Sdn Bhd (Destinasia) yang menyalahguna visa umrah dan dihantar pulang kerajaan Arab Saudi baru-baru ini, berpunca daripada hasutan dua ketua mereka.

Pengarah Destinasia, Aminuddin Rahman berkata, siasatan mendapati kedua-dua ketua jemaah umrah itu telah menghilangkan diri apabila mengetahui perbuatan mereka dikesan wakil muassasah dan pihak berkuasa Arab Saudi.

Bercakap kepada pemberita di pejabatnya di sini pada Sabtu, beliau berkata, kesemua jemaah itu dipengaruhi supaya tinggal di Arab Saudi melebihi tempoh visa umrah dengan harapan dapat mengerjakan ibadah haji apabila masuk musim haji bulan depan.

Kesemua 250 jemaah umrah itu dihantar pulang ke Malaysia secara berperingkat berakhir Selasa lepas.

"Insiden itu memberi kesan terhadap nama baik syarikat serta nama baik negara dan bagi mengelak insiden itu berulang, saya akan membuat laporan polis terhadap ketua-ketua jemaah yang terlibat dalam isu ini," katanya.

Aminuddin berkata, mereka merupakan antara 300 jemaah yang memperoleh visa umrah melalui syarikat Destinasia dan daripada jumlah itu, hanya 50 orang mematuhi pakej yang ditawarkan.

Katanya, Destinasia tidak berhadapan dengan sebarang denda berhubung isu berkenaan dan kesemua 250 jemaah umrah terbabit, pulang ke tanah air tanpa ditahan pihak imigresen Arab Saudi.

Beliau berkata, pihaknya tidak melakukan sebarang kesilapan dalam mengendalikan pakej umrah kerana segala prosedur pengeluaran visa yang ditetapkan pihak berkuasa telah dipatuhi. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan