Tindakan Tegas & Tarik Lesen Akan Dikenakan Terhadap Agensi Pelancongan Yang Menipu

Diterbitkan: Jumaat, 14 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Tindakan tegas termasuk menarik balik lesen akan dikenakan terhadap agensi pelancongan yang didapati melakukan penipuan dalam menawarkan pakej pelancongan kepada pelanggan.

Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Datuk Mohd Khalid Harun berkata, kes penipuan berkenaan boleh memberi impak negatif kepada sektor pelancongan di dalam dan luar negara yang dianggap serius sekiranya berlaku.

"Pihak MATTA tidak akan berkompromi dengan ahli persatuan kerana ia jelas menjejaskan imej mereka sebagai penggerak dalam industri pelancongan negara ini. "Bagaimanapun kita memantau perkara itu terutama ahli-ahli MATTA seramai 2,800 orang dan jika didapati terlibat penipuan tidak mustahil lesen mereka akan ditarik balik," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian MATTA Fair Pahang oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan Pahang Datuk Shafik Fauzan Shariff di sini, Jumaat.

Mohd Khalid berkata, sebelum sebuah syarikat agensi pelancongan dibuka, mereka juga diwajibkan untuk memperoleh lesen daripada kerajaan untuk melibatkan diri dalam industri itu. Katanya, kegiatan penipuan yang dilakukan oleh syarikat tidak berlesen dan ia merupakan satu jenayah serta perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa dengan segera.

Namun katanya, perkara itu tidak serius bagaimanapun akan diberi perhatian jika perkara berkenaan berlaku.

Katanya, beliau mengingatkan para pengguna yang ingin mengambil pakej pelancongan khususnya di luar negara supaya meneliti lesen agensi terbabit bagi mengelakkan sebarang penipuan terhadap mereka.

Dalam pada itu katanya, setiap syarikat terbabit diwajib menawarkan insurans kepada pelanggan yang membeli pakej pelancongan tertentu.

Katanya, langkah tersebut penting memandangkan ia dapat menjamin keselamatan pengguna sekiranya malapetaka berlaku terhadap mereka termasuk terkandas di lapangan terbang. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan