Selangor Enggan Bubar DUN Kerana Sedar Peluang Menang Tipis - Syed Ali

Diterbitkan: Jumaat, 14 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan negeri Selangor yang dilapor enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pembubaran Parlimen untuk pilihan raya umum ke-13 akan datang disebabkan ia sedar peluang untuk memenangi semula negeri itu tipis.

Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee berkata kegagalan kepimpinan kerajaan Selangor menangani pelbagai masalah menyebabkan rakyat kini mula beralih pandangan kepada Barisan Nasional (BN).

"Pada saya, keputusan mahu mengadakan pilihan raya umum negeri secara berasingan adalah bertujuan untuk mengekalkan pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang) sahaja dan keputusan itu bukan dibuat untuk menjaga kepentingan rakyat. Ia hanya untuk mempertahankan kuasa politik," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan kerajaan Selangor di bawah pimpinan gabungan pakatan Parti Keadilan Rakyat(PKR)-DAP-PAS yang baru-baru ini dilaporkan enggan mengadakan pilihan raya DUN serentak dengan pilihan raya umum.

"Oleh itu, rakyat perlu sedar untuk menilainya...saya percaya rakyat hari ini semakin bijak untuk membuat pertimbangan di antara setiap parti itu," katanya sambil menambah pembangkang akan terus mencipta retorik demi kelangsungan politik sempit mereka. Selain Selangor, Pulau Pinang pimpinan Ketua Menterinya dari DAP Lim Guan Eng pula dilaporkan berkata bahawa kerajaan negeri itu belum membuat keputusan sama ada mahu membubar DUN serentak dengan pembubaran Parlimen.

Sementara Kedah, Menteri Besarnya Datuk Seri Azizan Abdul Razak masih bermain teka-teki dengan berkata pembubaran DUN akan dibuat berdasarkan keadaan politik semasa di negeri jelapang padi itu.

Hanya Kelantan sahaja yang berpendirian tidak akan membubarkan DUN secara berasingan dengan keputusan yang dibuat oleh kerajaan pusat untuk membolehkan pilihan raya umum diadakan.

Sementara itu, mengulas mengenai keputusan Majlis Syura PAS yang tidak memecat bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa baru-baru ini, Syed Ali berpendapat kemungkinan keputusan itu dibuat berdasarkan kepentingan politik menjelang pilihan raya umum ke-13. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan