RUU Pemindahan Banduan Antarabangsa Dibentang 24 September Ini

Diterbitkan: Jumaat, 14 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan akan membentangkan Rang Undang-Undang Pemindahan Banduan Antarabangsa (TOP) 2012 pada sesi Parlimen 24 September ini dalam usaha membawa pulang rakyat Malaysia yang dipenjara di luar negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jika rang undang-undang tersebut diluluskan, ia akan mengurangkan masalah kesesakan penjara di negara ini di mana hampir 30% banduannya adalah warga asing.

Rang Undang-Undang tersebut yang disifatkan sebagai penting bertujuan menghantar pulang warga asing ke negara asal mereka untuk menghabiskan tempoh hukuman penjara.

Pada masa sama, ia turut menyediakan opsyen sama kepada rakyat Malaysia yang melakukan jenayah di luar negara untuk kembali ke tanah air.

"Pemindahan banduan antarabangsa ini akan dijalankan melalui hubungan dua hala antara kedua-dua negara yang bersetuju untuk menandatangani perjanjian bagi memindahkan banduan antara mereka," katanya dalam satu kenyataan.

Sehingga 31 Ogos tahun ini, kira-kira 37,157 banduan sedang menjalani hukuman di seluruh negara di mana seramai 10,520 adalah warga asing.

Daripada jumlah itu, seramai 1,758 banduan warga asing dari 18 negara layak dipindah untuk menjalani hukuman penjara di negara asal.

Sementara itu, kira-kira 2,622 rakyat Malaysia sedang menjalani hukuman penjara di 59 negara seluruh dunia.

Hishammuddin berkata, enam negara telah menyatakan minat untuk melaksanakan TOP dengan Malaysia termasuk Filipina, Thailand, Vietnam, Pakistan, Venezuela dan Arab Saudi.

Bagaimanapun, beliau berkata, pemindahan banduan antarabangsa hanya akan dilaksanakan sekiranya empat syarat dipenuhi.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan