Putera William Tidak Gemar 'Raja Buah'

Diterbitkan: Jumaat, 14 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Putera William, yang menyampaikan ucapan buat julung-julung kalinya di Malaysia pada Jumaat, menyatakan bahawa baginda tidak berminat dengan "raja buah-buahan" iaitu durian, dan kenyataan baginda ini disambut dengan tepukan dan gelak ketawa daripada komuniti perniagaan.

"Sebelum beta bermula, beta cuma ingin menyatakan betapa enaknya jamuan tengah hari ini, tetapi amat gembira melihat bahawa durian tidak termasuk dalam menu sajian.

"Selepas merasainya semalam (Khamis), beta bimbang terhadap keselamatan orang yang beta temui selepas itu," kata baginda ketika memulakan ucapan.

Putera William memakai sut biru gelap manakala isteri baginda, Catherine, mengenakan baju berwarna mutiara yang labuhnya hingga ke paras di bawah lutut dengan potongan tengkok "baju kurung".

Seramai 1,000 ahli perniagaan lelaki dan wanita menghadiri majlis jamuan tengah hari anjuran Dewan Perniagaan Britain Malaysia (BMCC) itu.

Pengerusi BMCC, Datuk Larry Gan, berkata ucapan baginda mengandungi inspirasi, maklumat dan juga mesej daripada Ratu Elizabeth II, yang disebut sebagai "nenek beta" oleh Duke itu.

"Duke dan Duchess itu amat teruja dengan majlis ini kerana inilah satu-satunya acara perniagaan yang menghimpunkan pemimpin-pemimpin korporat dan orang penting dalam perdagangan antara Britain dan Malaysia," katanya.

Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, Paul W. Jones, bersetuju dengan pandangan Gan, dan menganggap ucapan itu "hebat".

"Ibu saya kelahiran Britain. Saya amat teruja berada di sini dan amat berbesar hati menikmati jamuan tengah hari bersama Pasangan Diraja ini," katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Bank Malaysia, Osman Morad, berkata ucapan sulung itu cemerlang dan penuh dengan perkara menarik.

"Kesempatan ini sungguh menarik dan kami gembira BMCC dapat menganjurkannya, dan seperti yang dapat dilihat hari ini, mereka telah menganjurkannya dengan jayanya," tegas beliau.

Dalam ucapannya selama enam minit itu, Putera William menyentuh tentang hubungan kebudayaan yang erat antara UK dan Malaysia, dan peranan aktif BMCC dalam meningkatkan hubungan itu.

Lawatan pertama ke Malaysia oleh Pasangan Diraja ini menandakan kepercayaan, keutamaan dan nilai hubungan bersejarah antara kedua-dua negara. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan