Putera William & Kate Akhiri Lawatan di KL Dengan Merasai Teh Tarik

Diterbitkan: Jumaat, 14 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Duke of Cambridge, Putera William (dua, kanan) dan Duchess Of Cambridge, Catherine (kanan) menikmati hidangan minuman teh pada majlis Diamond Jubilee Tea Party di kediaman Pesuruhjaya Tinggi British di sini, Jumaat. Pasangan diraja British itu berada di Malaysia bagi mewakili Ratu Elizabeth II sempena sambutan 60 tahun pemerintahan baginda.-FotoBERNAMA
Duke of Cambridge, Putera William (dua, kanan) dan Duchess Of Cambridge, Catherine (kanan) menikmati hidangan minuman teh pada majlis Diamond Jubilee Tea Party di kediaman Pesuruhjaya Tinggi British di sini, Jumaat. Pasangan diraja British itu berada di Malaysia bagi mewakili Ratu Elizabeth II sempena sambutan 60 tahun pemerintahan baginda.-FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Pasangan diraja Britain Putera William dan Catherine petang ini merasai teh tarik, minuman popular rakyat negara ini dalam satu jamuan teh di sini, sebelum mengakhiri lawatan selama dua hari di ibu negara.

William yang segak mengenakan sut hitam, manakala Catherine yang memakai gaun paras lutut berwarna biru kelabu sentiasa mengukir senyuman sebaik tiba di kediaman rasmi Pesuruhjaya Tinggi Britain, di Langgak Golf di sini pada 2.30 petang, dengan kira-kira 150 orang tetamu sedia menunggu kemunculan pasangan diraja itu.

Sejurus tiba pasangan diraja itu meluangkan masa lima minit menemui Ashikin Mastura Amiruddin, 15, dan Mohamad Umar Haikal, 15, pemenang 'The Ultimate Royal-Tea Competition', iaitu pertandingan foto anjuran suruhanjaya itu sempena lawatan pasangan tersebut, ke negara ini.

Duke dan Duchess of Cambridge kemudian bersalam dan berbual mesra dengan beberapa personaliti tanah air termasuk pelakon Datuk Michelle Yeoh, pereka kasut Datuk Jimmy Choo, penyanyi tersohor tanah air Datuk Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa, jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik London 2012 Pandelela Rinong Pmag dan pemanah elit paralimpik negara Hasihin Sanawi.

Pasangan Diraja itu kemudiannya bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk lawatan dua hari ke Sabah, sebelum berlepas ke Kepulauan Solomon, pada Ahad. Sementara itu, Siti Nurhaliza ketika ditemui berkata pasangan diraja itu bukan sahaja murah senyuman, malahan peramah dan mudah mesra.

"Mereka (William dan Catherine) datang kepada kita bukan setakat bersalam, tapi bersembang dan cukup mesra," katanya.

Pandelela pula berkata sambil mengucapkan tahniah kepadanya kerana berjaya meraih pingat gangsa pada temasya Olimpik London bulan lalu, Catherine turut memberitahu bahawa beliau pandai dan gemar berenang. "Tapi dia (Catherine) kata dia takut untuk terjun dan dia nak ajak saya bila nak terjun nanti," kata Pandelela.

Turut menerima ucapan tahniah daripada pasangan diraja itu ialah Chong Wei yang berkata Catherine mengakui bahawa sukan badminton merupakan antara sukan yang mencabar dan mempunyai ramai peminat.

Ditanya apa yang dibualkan, Chong Wei berkata "dia tanya saya bagaimana London, saya jawab ok". -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan