Pilihan Raya Berasingan Bukti Selangor Tidak Yakin - Pemuda MIC

Diterbitkan: Jumaat, 14 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keengganan Selangor mengadakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pilihan raya umum hanya menunjukkan kerajaan negeri di bawah pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak yakin dan memerlukan lebih banyak masa untuk menutup kelemahan mereka.

Ketua Pemuda MIC T. Mohan berkata rancangan itu juga membingungkan memandangkan sebelum ini mereka membayangkan akan membubarkan DUN jika pilihan raya umum dipanggil selepas Jun tahun ini.

"Kami tertanya-tanya sama ada ia usaha mengalihkan tumpuan kerana mereka tahu bahawa sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) telah meningkat dan mengadakan pilihan raya tidak lama lagi akan menjejaskan impian mereka untuk menawan Putrajaya," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Mohan mengulas laporan baru-baru ini bahawa kerajaan Selangor memutuskan untuk mengadakan pilihan raya DUN berasingan dengan pilihan raya umum ekoran dakwaan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal membersihkan daftar nama pemilih yang diragui di Selangor.

Beliau berkata pembangkang tidak perlu bertanding pada pilihan raya umum jika mereka tidak yakin dengan daftar pemilih semasa di Selangor. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan