Peguam Kagumi Sikap Rendah Diri Putera William

Diterbitkan: Jumaat, 14 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Peguam Eugene Arokiasamy (gambar) tidak akan melupakan pengalaman tiga minggu berada di Patagonia, Chile pada Disember 2000 di mana dia berpeluang berinteraksi dengan Putera William.

Eugene, 47, yang menyambung pendidikan di Kolej St George, Surrey, England, dihantar ke Chile sebagai pengurus program kumpulan sukarelawan Raleigh International.

"Ketika sesi penerangan di London, saya dimaklumkan bahawa Putera William akan menghadiri expedisi selama 10 minggu itu tetapi saya tidak berfikir banyak mengenainya.

"Namun, apabila saya bertemunya secara peribadi ketika dia beratur bersama peserta lain untuk membuat panggilan telefon di kem tersebut, saya menyedari betapa beliau seorang yang merendah diri," kata Arokiasamy.

Katanya, dia melihat Putera William berjalan ke dewan bersama beberapa peserta beratur untuk membuat panggilan telefon.

"Sebaik saja seorang peserta selesai membuat panggilan, Putera William menggelar saya sebagai Tuan, jika saya mahu membuat panggilan terlebih dahulu.

"Walaupun beliau baru berusia 18 tahun, sikap rendah dirinya memeranjatkan saya. Sikapnya itu amat saya kagumi sehingga kini," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan