Pasukan Khas Tangani Penyakit Berjangkit Melalui Air Pada Musim Tengkujuh Ditubuhkan

Diterbitkan: Jumaat, 14 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan telah menugaskan satu pasukan khas bagi menangani hal-hal berkaitan penyakit yang dibawa menerusi makanan dan air yang terjadi pada musim tengkujuh dan banjir.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Maimunah Hamid memberitahu pemberita di sini hari ini bahawa kementerian itu telah mengenal pasti beberapa negeri yang mudah dilanda banjir terutama sekali kawasan di luar bandar.

"Pada musim tengkujuh ada sahaja kawasan yang mudah ditenggelami banjir, menyebabkan berlakunya wabak penyakit yang dibawa melalui makanan dan air, dengan kerana itu ia memerlukan perhatian khas," katanya.

Menurut Dr. Maimunah, bukan sahaja tindakan proaktif perlu dalam menangani penyakit, kementerian itu juga mengambil langkah menimbulkan kesedaran penduduk luar bandar dan dalam bandar betapa pentingnya meminum, memasak dan mandi menggunakan air bersih.

Katanya, selain itu orang ramai perlu mengamalkan cara kebersihan serta mengetahui langkah keselamatan yang mustahak diambil pada musim banjir.

"Langkah keselamatan adalah penting di musim banjir, kerana Kementerian Kesihatan kebanyakannya terlibat menangani penyakit yang biasanya terjadi selepas banjir. Kita juga perlu mengambil langkah bersedia sebelum dan semasa banjir," katanya.

Dr. Maimunah ditemui selepas persidangan tahunan ke-29 Gabungan Persatuan Perubatan Islam (FIMA) di Hotel Istana, di sini. Turut dilancarkan semasa persidangan itu ialah aplikasi khusus untuk rawatan kesihatan Islam 'Penjagaan Pesakit Muslim' yang dimajukan oleh Elsevier (Singapore) Pte Ltd.

Kira-kira 600 cendekiawan, saintis, pengamal perubatan dan pembuat dasar dari 26 negara menghadiri persidangan selama tiga hari itu bertemakan: 'Kesihatan Dalam Dunia Islam: Memenuhi Matlamat Pembangunan Milenium'.

Persidangan itu diadakan dengan tujuan mengendalikan isu hukum-hakam kalangan pengamal perubatan Islam dan cabaran penjagaan kesihatan penduduk Islam yang kian berkembang. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan