Momentum Jentera Pilhan Raya Umno Semakin Kuat - Ali Rustam - Berita Semasa | mStar

Momentum Jentera Pilhan Raya Umno Semakin Kuat - Ali Rustam

Diterbitkan: Jumaat, 14 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Momentum jentera Umno semakin kuat dan padu menjelang pilihan raya umum ke-13 akan datang, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Mohd Ali berkata perkara itu dapat dilihat dan dirasai semasa beliau menjelajah beberapa negeri merasmikan mesyuarat perwakilan Umno.

"Saya lihat sokongan terhadap Umno semakin kuat. "Saya yakin dengan momentum yang semakin bertambah, kita mampu meraih kemenangan dua pertiga pada pilihan raya umum akan datang," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Aidilfitri yang dihoskannya di Rumah Melaka di sini, Jumaat.

Turut hadir pada majlis itu, ialah Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Mohd Ali yang juga Ketua Menteri Melaka berkata pada majlis jamuan tersebut, perdana menteri juga mengingatkan kepada semua lapisan anggota Umno supaya terus bekerja kuat untuk meraih kembali sokongan rakyat.

Mengenai rancangan kerajaan Selangor mengadakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) secara berasingan dengan pilihan raya Parlimen, Mohd Ali berkata perkara itu hanya taktik pembangkang melenggahkan masa kerana mereka sedar sokongan rakyat terhadap mereka semakin merosot.

"Mereka hanya melenggahkan masa. Dia orang (pembangkang) telah banyak buat kesilapan besar, banyak isu tidak diselesaikan dalam manifesto pilihan raya sebelum ini. "Dengan melenggahkan masa, mereka berharap untuk mendapatkan sokongan daripada pengundi," katanya. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan