MD Yusof & Abdul Aziz Dilantik Anggota SPR

Diterbitkan: Jumaat, 14 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan melantik bekas Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Md Yusop Mansor dan bekas Pengerusi Lembaga Penasihat, Jabatan Perdana Menteri Abdul Aziz Khalidin sebagai anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Ali Hamsa berkata pelantikan itu bermula dari tarikh mereka melaporkan diri sehingga mencapai usia 66 tahun selaras dengan Fasal (3) Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata pelantikan Md Yusop dan Abdul Aziz adalah berikutan tamatnya perkhidmatan Datuk Zainal Abidin Mat Said dan Datuk Jamdin Buyong sebagai anggota SPR pada 4 September lalu.

"Bagi pihak kerajaan, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas perkhidmatan Zainal Abidin dan Jamdin sebagai anggota SPR dalam melaksanakan tanggungjawab dengan cemerlang," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Md Yusop, 59, yang dilahirkan di Menggatal, Sabah, bersara wajib pada 7 Ogos 2011 dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) (Komunikasi Pembangunan) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Diploma Lanjutan (Latihan dan Pembangunan Manusia) dari University of Leicester, United Kingdom.

Abdul Aziz, 59, yang dilahirkan di Bagan Datoh, Perak bersara wajib pada 29 Mei 2011 dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Malaya.

Sebagai Pegawai Undang-Undang, Abdul Aziz pernah dilantik sebagai Peguam Persekutuan, Hakim Mahkamah Sesyen dan Pengerusi Mahkamah Perusahaan. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan