Legoland Dibuka Kepada Umum Esok

Diterbitkan: Jumaat, 14 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Model mini Kompleks Perdana Menteri di Putrajaya antara model lego yang turut dipamerkan di Legoland, Nusajaya.
Model mini Kompleks Perdana Menteri di Putrajaya antara model lego yang turut dipamerkan di Legoland, Nusajaya.

JOHOR BAHARU: Taman Legoland pertama di Asia yang terletak di tengah-tengah wilayah ekonomi Iskandar Malaysia akan dibuka kepada orang ramai esok.

Pembukaan rasminya adalah pada 22 September.

Taman tema antarabangsa pertama di Malaysia itu merentangi kawasan seluas 30.8 hektar dan direka khusus bagi keluarga dengan anak-anak yang berusia dua hingga 12 tahun dengan lebih 40 permainan interaktif, pertunjukan dan daya tarikan.

Pengarah urusan Taman Legoland bagi Merlin Entertainments, John Jakobsen berkata Legoland Malaysia benar-benar unik dan percaya taman tema itu, yang mudah dimasuki dari Johor, Singapura negara-negara lain di Asean, akan mencapai kejayaan besar.

"Merlin Entertainments menjadi hos kepada 46 juta pengunjung setiap tahun di 21 negara berbeza di seluruh dunia. Kami gembira dapat membawa pengalaman kami ke Malaysia dan berharap dapat mengembangkan Legoland Malaysia sebagai destinasi resort keluarga utama," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Legoland Malaysia dimiliki oleh Themed Attractions and Resorts Sdn Bhd, Iskandar Investment Bhd dan Merlin Entertainments Group, dan dikendalikan oleh Merlin Entertainments.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Themed Attractions and Resorts Tunku Datuk Ahmad Burhanuddin berkata taman tema itu akan menjadi pemangkin bagi pembangunan seterusnya di Nusajaya, menyumbang kepada pembangunan perniagaan dan masyarakat sekitar.

"Kami percaya impak daripada Legoland Malaysia bukan hanya sekadar destinasi liburan semata-mata tetapi akan menjadi satu pencapaian yang boleh dibanggakan rakyat Malaysia," katanya.

Legoland Malaysia akan menjadi resort daya tarikan keluarga terbesar di Asean dengan taman air dan hotel sedang dibina dan dijangka dibuka masing-masing pada 2013 dan 2014. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan