Filem, Drama Celarukan Nilai Murni Perlu Dikawal - Raja Muda Perlis

Diterbitkan: Jumaat, 14 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu penayangan filem dan drama yang mencelarukan nilai murni masyarakat Malaysia dikawal supaya tidak mempengaruhi minda generasi muda.

Sehubungan itu, baginda berharap stesen-stesen televisyen meningkatkan program yang boleh menyuburkan nilai murni masyarakat termasuk program berunsur keagamaan.

Bertitah pada majlis perasmian Titian Kasih Mega 2012 peringkat Sekolah Menengah Agama Al Madrasah Ad Dinniah, Arau hari ini, baginda turut berharap ibu bapa mengehadkan masa anak-anak menonton televisyen terutama rancangan yang tidak sesuai untuk peringkat umur mereka.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah ibu bapa juga perlu meluangkan masa secukupnya bersama anak masing-masing.

Titah baginda pihak sekolah juga berperanan menyuburkan nilai murni itu dengan memperketatkan penguatkuasaan dan pemantauan pelajar mereka supaya tidak terjebak dalam kancah yang merugikan.

Program Titian Kasih Mega 2012 itu dianjurkan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Perlis.

Pada program itu, Tuanku Syed Faizuddin yang juga Pengerusi YTSP, turut merasmikan pusat sumber Taman Raudhatul Ilmi sekolah berkenaan dan menyampaikan sijil dan wang tunai RM1,000 seorang kepada dua pelajar cemerlang Perlis di Mesir bagi 2011.

Mereka ialah Nurul Izyani Rosley, pelajar perubatan Universiti Iskandariah dan Mohd Taisir Mohd Hussin, pelajar agama Universiti Al-Azhar. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan