DBKL Tubuh Jawatankuasa Teliti Penakrifan Rumah Mampu Milik

Diterbitkan: Jumaat, 14 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi meneliti soal penakrifan berkaitan rumah mampu milik di sekitar Kuala Lumpur.

Datuk Bandar Datuk Ahmad Phesal Talib berkata DBKL juga sedang berbincang dengan pihak pemaju berkaitan bantuan dan kaedah yang sesuai bagi menyediakan rumah mampu milik tersebut.

"Dengan cara ini kita akan dapat pastikan pihak yang layak memperolehnya di samping memudahkan pemaju merealisasi hasrat kerajaan untuk menyediakan rumah mampu milik ini," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan kunci kondominium Sentul Utama di sini, Jumaat.

Ahmad Phesal berkata ini juga selaras dengan pelaksanaan Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) bagi membolehkan mereka yang berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah mampu membeli rumah yang berharga tidak melebihi RM400,000 seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berharap kerjasama yang erat antara kerajaan dan swasta dapat diteruskan bagi menjayakan projek "Greater Kuala Lumpur" bagi menaikkan taraf Kuala Lumpur setara dengan bandaraya lain di dunia. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan