Cuepacs Persoal Keputusan JPA Mansuhkan MBJ Peringkat Pusat

Diterbitkan: Jumaat, 14 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mempersoalkan keputusan Bahagian Saraan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memansuhkan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) peringkat pusat dan hanya mengekalkannya pada peringkat negeri sahaja.

Presidennya Datuk Omar Osman menyifatkan pemansuhan tersebut sebagai satu penganiayaan terhadap penjawat awam kerana MBJ pusat merupakan badan perundingan tertinggi yang bertanggungjawab menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi pekerja.

"Fungsi MBJ pusat adalah untuk menyelesaikan apa juga masalah pekerja awam yang gagal diselesaikan pada peringkat negeri dan ianya penting kerana pada peringkat inilah ketua-ketua pengarah akan berkumpul bersama bagi membincangkan dan mencari penyelesaian kepada sebarang masalah penjawat awam di peringkat bawahan.

"Apabila dimansuhkan MBJ pusat, saya melihat tiada gunanya untuk mengekalkan MBJ negeri kerana kuasa yang ada padanya (MBJ negeri) terhad...jadi bagaimana mahu selesaikan masalah penjawat awam termasuk isu kebajikan mereka," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Majlis Bersama Jabatan (MBJ) merupakan sebuah medium dua hala yang ditubuhkan 20 tahun lepas dan berfungsi sebagai saluran komunikasi antara pihak pekerja dengan pihak pengurusan.

Majlis yang terbahagi kepada dua peringkat iaitu pusat dan negeri itu dijadikan platform bagi penjawat awam untuk menyuarakan pendapat dan masalah, pandangan serta menyumbang idea bernas demi kepentingan dan kebaikan mereka dan agensi terbabit.

Namun menurut Omar pada 6 September lepas, selepas sidang MBJ pusat ke-82 di Johor Bahru, pihak pengurusan Bahagian Saraan JPA mengumumkan pemansuhannya tanpa menyatakan sebarang alasan dan keputusan ini menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan agensi kerajaan terlibat.

"Mereka (JPA) mengatakan perkara ini (pemansuhan MBJ pusat) adalah dibuat merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1992 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2002, bagaimanapun apabila diteliti kedua-dua pekeliling tersebut tiada langsung menyebut mengenai pemansuhan ini," katanya.

Beliau turut kesal kerana JPA langsung tidak memaklumkan mengenai keputusan tersebut kepada Cuepacs sedangkan pihaknya merupakan badan induk kepada kesatuan sekerja di bawah sektor perkhidmatan awam yang bertanggungjawab terhadap apa juga perkara melibatkan penjawat awam.

"Kami (Cuepacs) hanya diberitahu oleh kesatuan serta dari agensi terbabit seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen dan Jabatan Kerja Raya namun bukan dari JPA sendiri," katanya. Sehubungan itu, Omar menegaskan pihaknya akan mengadakan satu meyuarat tergempar pada minggu pertama Oktober depan bersama semua kesatuan gabungan di bawah Cuepacs bagi membincangkan serta mencari keputusan bersama berkenaan perkara tersebut.

"Selain itu semalam saya juga telah berjumpa dengan Ketua Setiausaha Negara (Datuk Seri Dr Ali Hamsa) bagi menyampaikan perkara ini dan berterima kasih kepadanya kerana beliau telah berjanji untuk menyelesaikannya demi kepentingan penjawat awam," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan