Tiada Penambahan Peruntukan Untuk Pertahanan Untuk Beri Kerajaan Fokus Sosioekonomi Rakyat

Diterbitkan: Khamis, 13 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada penambahan peruntukan untuk pertahanan dalam Belanjawan 2013 bagi memberi ruang kepada kerajaan memfokuskan pembangunan sosioekonomi rakyat, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata pihaknya berpuas hati dengan perbincangan yang diadakan dengan Kementerian Kewangan dan tidak menjangkakan sebarang kenaikan peruntukan pada Belanjawan 2013.

"Ia adalah kerana kami merasakan program-program sosioekonomi harus diberikan keutamaan manakala aktiviti pertahanan, kita akan teruskan latihan yang sedia ada dan juga persiapkan diri dalam bentuk kesiapsiagaan," katanya kepada Bernama ketika mengulas mengenai Belanjawan 2013 di sini, Rabu.

Beliau berkata biarpun tiada pertambahan dalam belanjawan, namun aspek menjaga pertahanan dan kedaulatan negara tetap diutamakan tanpa sebarang kompromi.

Katanya, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan sentiasa mengadakan latihan dan kawalan menjaga keselamatan negara bagi menjamin kesiapsiagaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan ancaman.

Zahid berkata menyedari pembangunan negara terletak pada keseimbangan bidang sosioekonomi iaitu termasuk aspek pelajaran, kesihatan dan bidang untuk membangunkan masyarakat, maka kementerian itu rela bertoleransi demi kepentingan negara.

"Namun kami berterima kasih kepada kerajaan kerana aset dan peralatan sebagaimana yang dirancang, terus diberikan kesinambungan peruntukan, biarpun ia menurun (bajet), ia tidak mengurangkan kemampuan kita untuk mempertahan negara," katanya.

Malahan pihaknya rela melanjutkan tempoh pembayaran sesuatu aset yang dibeli itu ke satu tempoh yang lebih panjang kerana tidak mahu membebankan kewangan negara.

"Banyak negara di dunia ini telah mengurangkan perbelanjaan pertahanan. Kita lihat di Amerika Syarikat dan di Britain sendiri, telah mengurangkan sehingga 25 peratus perbelanjaan pertahanan mereka daripada peruntukan yang sedia ada," katanya.

Namun demikian, kementerian tidak akan membatalkan segala perancangan untuk perolehan aset pertahanan yang telah disusun sebelum ini dalam memodenkan ATM.

"Tapi kita tangguh dulu pembelian kapal jet pejuang, sebab jet yang sedia ada boleh dipertingkat dan boleh diperbaiki untuk kegunaan pertahanan negara. Ertinya ketiga-tiga perkhidmatan akan terus menerima aset biarpun tiada penambahan pada tahun depan, tapi kami puas hati dengan apa yang ada pada kami," katanya.

Ketika ditanya mengenai implikasi daripada tiada penambahan bajet untuk pembelian aset baharu dan sebagainya, Zahid berkata aset bukanlah lambang kekuatan sesuatu tentera namun kejayaan tentera amat bergantung terhadap kombinasi aset dan penggemblengan tenaga modal insan di tahap optimum.

"Oleh sebab itu, kesiapsiagaan kami berada di tahap optimum. Kami yakin dengan tahap profesionalisme yang ada pada pegawai dan anggota kami, di samping aset-aset yang sedia ada terus dapat digunakan," katanya.

Zahid dalam pada itu berkata kementerian itu akan melakukan pendekatan yang berinovatif dari segi kebajikan kepada anggota-anggota ATM agar tidak membebankan kerajaan.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam belanjawan yang lepas, telah berikan RM50 juta sebagai tambahan dan kita gunakan wang itu bagi melatih bekas-bekas tentera sedia ada yang berjumlah kira-kira 318,000 orang, sama ada berpencen atau tidak, supaya mereka memperoleh faedah daripada peruntukan tambahan yang diberikan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan