The Star Raih Tiga Anugerah NPC

Diterbitkan: Khamis, 13 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Akhbar The Star berjaya meraih tiga anugerah Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) 2012.

Antara pemenang yang diumumkan dalam sebuah majlis di sini, malam Rabu terdiri daripada Audrey Edwards, Stephen Then dan Glenn Guan, masing-masing memenangi kategori Wartawan NPC Terbaik (English Medium), Wartawan Terbaik NPC (Sarawak) dan Jurugambar NPC kategori tahunan.

Then merupakan wartawan pertama dari Sarawak menerima anugerah NPC.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyampaikan anugerah kepada 15 pemenang dalam pelbagai kategori, berkata perubahan landskap media ke arah kewartawanan digital atau dalam talian telah menimbulkan persoalan etika.

"Kita perlu ingat dalam arus perubahan ini, bahawa kebebasan mesti wujud bersama-sama dengan rasa hormat. Sebuah negara demokrasi perlu mempunyai media yang ingin tahu dan bertanggungjawab.

"Dalam usaha untuk membina sebuah negara demokrasi, kita mesti memperkasakan media dalam bertanggungjawab melaporkan apa yang mereka lihat. Berani dalam semangat. Ini adalah jenis sifat kewartawanan kita ingin galakkan," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, anugerah tersebut adalah bagi mengiktiraf pekerja media terhadap bakat, usaha dan kepintaran mereka dalam melaporkan berita-berita kepada khalayak.

Anugerah sedemikian, katanya, memainkan peranan yang besar dalam mewujudkan media yang dinamik di Malaysia.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan