Terengganu Yakin Kekalkan Kedudukan Negeri Terbaik UPSR Kali Ke-12

Diterbitkan: Khamis, 13 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu yakin dapat mempertahankan kedudukannya sebagai negeri terbaik dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) buat kali ke-12 berturut-turut pada tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata keyakinan itu berdasarkan peningkatan penglibatan komuniti setempat bersama guru dan murid.

"Istimewanya di Terengganu, banyak sekolah yang menyediakan makan minum secara percuma kepada murid sepanjang UPSR berjalan, ini membuktikan betapa prihatinnya pengurusan sekolah dalam memastikan kebajikan murid terjaga.

"Inisiatif yang diambil oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ini adalah sebahagian contoh betapa pendidikan kini menjadi tangungjawab semua pihak, selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan Terengganu sebagai kuasa baharu dunia pendidikan tanah air," katanya kepada Bernama di sini Khamis.

Penyediaan makanan berkhasiat secara percuma itu adalah untuk memastikan murid kekal bertenaga sepanjang menjawab soalan dengan nutrien penting, sebagai satu usaha PIBG untuk persediaan fizikal murid.

Ahmad Razif berkata penyediaan makanan percuma itu juga secara tidak langsung dapat membantu dalam kalangan murid daripada keluarga miskin untuk mendapat khasiat secukupnya sepanjang UPSR berlangsung.

"Kadang-kadang, kita tidak tahu mana murid yang sudah bersarapan atau belum, cukupkah wang belanja poketnya di sekolah atau mungkin ada murid yang memandang remeh soal makan ini di sekolah.

"Jadi, dengan adanya makanan percuma ini, ia secara tidak langsung membantu murid untuk terus kekal cergas dan boleh fokus untuk menjawab soalan dengan selesa," katanya.

Tinjauan Bernama ke beberapa sekolah sekitar bandar raya ini mendapati surau sekolah dipenuhi ibu bapa yang membaca al-Quran dan melakukan solat hajat, sebagai usaha akhir untuk meraih kejayaan.

Ada juga ibu bapa yang sanggup mengambil cuti untuk meluangkan masa bersama anak mereka dengan mengulang kaji di rumah dan ada yang berjumpa anak ketika waktu rehat di sekolah.

Terengganu yang mempunyai reputasi pendidikan 11 tahun berturut-turut terbaik negara menjadi contoh kepada banyak negeri lain dalam aspek pendidikan, berbangga kerana hasil usaha keras guru serta peruntukan besar dari kerajaan negeri berjaya melonjakkan prestasi akademiknya secara konsisten.

Seramai 517,139 calon menduduki peperiksaan UPSR pada Selasa dan berakhir hari ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan