ROS Kaji Secara Mendalam Fungsi Suaram Walaupun Tidak Berdaftar

Diterbitkan: Khamis, 13 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) akan mengkaji fungsi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) secara mendalam walaupun ia merupakan sebuah pertubuhan tidak berdaftar.

Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, agensi itu akan mengkaji berdasarkan peruntukan Akta Pertubuhan 1966.

“Suaram bukan sebuah pertubuhan yang berdaftar, jadi macam mana hendak kita buat siasatan? Oleh itu, kita perlu mengkajinya dengan lebih mendalam.

“Mungkin ia dilihat sebagai satu cabaran bagi ROS, tetapi itulah tanggungjawab kita untuk menjalankan kajian terhadap pertubuhan itu,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Khamis.

ROS bersama-sama lima agensi lain akan membuat kajian khas dalam menyiasat mengenai isu Suaram dan Suara Inisiatif Sdn Bhd (Suara Inisiatif), seperti yang diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Mohd Naim Daruwish pada Rabu.

Agensi lain yang terlibat ialah SSM, Bahagian Keselamatan dan Bahagian Perundangan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Bank Negara Malaysia (BNM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

ROS sebelum ini mengesahkan bahawa Suaram merupakan sebuah pertubuhan tidak berdaftar dan tidak pernah mengemukakan permohonan untuk didaftarkan.

Abdul Rahman berkata, agensinya sudah pun memulakan kajian mengenai Suaram dan sedang meneliti secara terperinci sebelum memuktamad hasilnya.

“Kita sudah pun memulakan kajian mengenainya. Bagaimanapun, kita akan melaksanakannya sebaik mungkin bagi membantu antara satu sama lain,” katanya.

Suaram merupakan antara beberapa pertubuhan di negara ini yang tidak mendaftar atau enggan mendaftar dengan ROS.

“Suaram hanyalah sebahagian daripadanya dan jumlah pertubuhan yang tidak berdaftar adalah kecil. Dan Suaram memang tidak pernah mohon untuk berdaftar,” katanya.

Beliau menambah, ROS sebenarnya membuka ruang kepada mana-mana pertubuhan yang mahu didaftarkan dan memudahkan pendaftaran.

Isu Suaram timbul apabila ia dikaitkan secara langsung dengan sebuah syarikat, Suara Inisiatif Sdn Bhd yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 yang menerima dana asing dari luar negara.

Berdasarkan perbincangan SSM bersama lima agensi pada Rabu, Mohd Naim berkata, mana-mana agensi yang berkuasa akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap isu Suaram-Suara Inisiatif sekiranya terdapat pelanggaran undang-undang.

Mohd Naim turut berkata, kesemua agensi akan mengadakan pertemuan semula dalam tempoh dua minggu lagi selepas masing-masing membuat kajian mengenai isu berkenaan dan pasukan tindakan khas akan ditubuhkan sekiranya diperlukan.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan