Putera William, Kate Akan Menikmati Skon Dan Teh Tarik Dengan Tetamu Istimewa

Diterbitkan: Khamis, 13 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Warga British mungkin sukakan teh dan skon tetapi Duke dan Duchess of Cambridge - akan mencubanya dengan teh tarik Malaysia.

Pasangan diraja, yang dalam rangka lawatan tiga hari di sini, akan dihidangkan dengan minuman popular Malaysia dalam parti teh anjuran Pesuruhjaya Tinggi British, Simon Featherstone esok.

Satu sumber dari Suruhanjaya Tinggi British berkata pasangan itu akan dapat melihat demonstrasi teh tarik secara ringkas semasa acara itu diadakan kediaman Featherstone di Jalan Langgak Golf, Kuala Lumpur.

"Kami akan menghidangkan pelbagai jenis makanan tradisi yang dihidangkan ketika minum petang - skon, kek span victoria, 'shortbread' dan 'sandwich'," kata sumber itu.

Beliau berkata Teh Peringatan Jubli Berlian telah dicipta oleh BOH sebagai tanda pasangan diraja mengadakan lawatan ke Malaysia, juga akan dihidangkan.

Walaupun tidak akan ada ucapan semasa jamuan teh, pasangan diraja akan bergaul dengan tetamu.

Kira-kira 160 jemputan yang kebanyakannya terdiri daripada mereka yang terkenal di Malaysia, dijangka menghadiri parti.

"Sebahagian besarnya kita telah menjemput wira-wira yang memberi sumbangan positif terhadap hubungan dua hala antara Britain dan Malaysia atau yang bekerja keras untuk masyarakat," kata sumber itu.

"Beberapa pilihan telah dibuat dalam bidang-bidang seperti muzik, seni, sains, pendidikan, kebajikan dan sokongan untuk isu-isu sosial," katanya.

Antaranya pereka kasut Datuk Jimmy Choo, pelakon Datuk Seri Michelle Yeoh dan penyanyi, Datuk Siti Nurhaliza.

Pemain badminton Datuk Lee Chong Wei, penyelam Pandelela Rinong Pamg, pemanah Hasihin Sanawi dan pelontar peluru, Mohd Ziyad Zolkefli juga dijemput.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan