Program Penjagaan Paliatif Malaysia Dapat Restu Diraja

Diterbitkan: Khamis, 13 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Putera William dan Catherine ketika membuat lawatan di Hopsis Malaysia.
Putera William dan Catherine ketika membuat lawatan di Hopsis Malaysia.

KUALA LUMPUR: Program penjagaan paliatif Malaysia mendapat restu diraja pada Khamis dimana Catherine Middleton memuji kerja-kerja yang dilakukan di sini.

Dalam ucapan sulungnya di luar negara, Duchess of Cambridge ini mezahirkan rasa kagum terhadap kerja-kerja yang dilakukan oleh kakitangan Hospis Malaysia dalam membantu pesakit mengurangkan rasa kesakitan yang dialami.

"Dengan penjagaan paliatif yang berkesan, kehidupan mereka boleh menjadi lebih baik. Rawatan, sokongan, penjagaan dan nasihat boleh membantu mereka dan keluarga ketika diperlukan. Ini adalah tempat yang sangat istimewa," kata beliau.

Berpakaian berwarna kelabu, Duchess berkata dia teruja dengan sambutan yang diberikan oleh pihak Hospis Malaysia.

Pasangan diraja ini disambut oleh Sultanah Johor Raja Zarith Sofia Sultan Idris Shah, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Hospis Malaysia pengerusi Brigadier-Jeneral (B) Datuk Richard Robless dan ketua pegawai eksekutif / pengarah perubatan Dr Ednin Hamzah.

Putera William dan Catherine, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Singapura pada tengah hari Khamis, turut menyaksikan pelancaran "Dasar Penjagaan Paliatif Pediatrik Kebangsaan" oleh Liow.

Hospis Malaysia tuurt menyampaikan cenderahati khas kain batik istimewa kepada William dan Catherine, yang bermotifkan orkid phalaenopsis direka oleh ketua pegawai eksekutif Jendela KL, Faisol Abdullah.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan