Pengharaman Pekerja Di Singapura: Anifah Akan Temui Rakan Sejawat

Diterbitkan: Khamis, 13 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman akan bertemu dengan rakan sejawatnya dari Singapura, K. Shanmugam untuk membincangkan tetang pengharaman pribumi Sabah dan Sarawak berumur bawah 35 tahun daripada bekerja di republik itu.

Anifah berkata beliau telah merancang lawatan kerja selama satu hari untuk mendapatkan sebab pengharaman pekerja dari kedua-dua negeri tersebut.

Anifah berkata beliau terkejut dengan pengharaman itu tetapi masih belum menerima apa-apa laporan mengenainya.

"Saya perlu mencari sebab bagi pelaksanaan dasar itu secara tiba-tiba.

"Jika ia disebabkan sebiji atau dua biji 'epal buruk', maka kita boleh berbincang dan mencari penyelesaian," katanya.

Katanya beliau juga akan membincangkan langkah tersebut dengan Kementerian Sumber Manusia.

Singapura, pada awal bulan ini melaksanakan dasar baru dengan menyekat pribumi lelaki dari Sabah dan Sarawak di bawah umur 35 tahun daripada bekerja di republik itu.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam telah mengarahkan atase buruh kementerian untuk membincangkan tentang keputusan itu dengan pihak berkuasa Singapura.

Dr Subramaniam, yang menyifatkan dasar baru itu sebagai mengelirukan kerana ia hanya melibatkan Sabah dan Sarawak, berkata bahawa dasar itu mungkin berlaku selepas ejen merekrut mereka untuk bekerja di Singapura dengan janji-janji palsu.

Ramai pemimpin Sabah telah meminta Singapura untuk menarik balik dasar yang mana sesetengah daripada mereka menggambarkan ia sebagai tidak adil dan diskriminasi.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Masidi Manjun menggesa Singapura tidak memasukkan polisi dasar tertutup untuk melarang rakyat Malaysia tertentu daripada bekerja di republik itu.

"Mereka perlu menangani masalah sebenar berbanding melaksanakan dasar-dasar seperti itu untuk menghentikan kumpulan tertentu daripada bekerja.

"Lebih baik menangani dan menilai punca masalah dan menarik keluar mereka yang membuat masalah," katanya kepada pemberita semalam.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan