KPT Tubuh Jawatankuasa Kaji Kemasukan Pelajar Pintar Ke IPT

Diterbitkan: Khamis, 13 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan menubuhkan jawatankuasa bagi mengkaji pandangan dan input berhubung transformasi bidang pendidikan termasuk mengenai kemasukan pelajar pintar ke institusi pengajian tinggi (IPT) pada usia lebih muda.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ia selaras dengan pengumuman Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, dan antara input yang akan dikaji ialah mengenai pelajar pintar yang hanya melalui sembilan tahun zaman persekolahan berbanding 11 tahun yang dilalui pelajar-pelajar biasa.

"Kita bernasib baik kerana kita masih dalam peringkat di mana pandangan dan cadangan dibuka oleh Kementerian Pelajaran kepada semua pihak untuk kita bantu melahirkan dasar pendidikan yang baharu.

"Saya percaya kita akan merumus dan memberi pandangan dan input yang akan facilitate pelajar-pelajar pintar ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan insentif dan surat tawaran belajar kepada ratu terjun negara Pandelela Rinong Pamg pada majlis sambutan Aidilfitri Bahagian Sukan KPT di sini, Rabu.

Mohamed Khaled berkata kementerian menyedari bahawa kerajaan ada menyediakan program-program khusus untuk pelajar-pelajar pintar, justeru pihak kementerian dan IPT tidak boleh mengenepikan program khas tersebut.

Kementerian dan IPT sebaliknya harus memikirkan bagaimana untuk menampung pelajar-pelajar pintar terbabit kerana ia sebahagian daripada usaha-usaha kerajaan, katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan