Konvensyen Pakatan Pembangkang 3 November - Berita Semasa | mStar

Konvensyen Pakatan Pembangkang 3 November

Diterbitkan: Khamis, 13 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pakatan pembangkang yang terdiri daripada PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengadakan Konvensyen Mega Pakatan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 November ini.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub yang mengesahkan hal itu berkata konvensyen tahunan itu kali ini akan memberi fokus yang lebih kepada persiapan pilihan raya umum ke-13.

Katanya pihaknya yakin pilihan raya umum tidak akan diadakan tahun ini, sebaliknya menjangka ia akan diadakan tahun depan.

"Ia mungkin bulan Mac atau April tahun depan. Itu ramalan kami. Bagaimanapun, sekiranya diadakan juga tahun ini, maka akan ada negeri-negeri di bawah pakatan yang tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pembubaran Parlimen.

"Bagaimanapun, mengenai Kelantan (pembubaran DUN serentak dengan Parlimen) kita akan bincang balik," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Khamis.

Salahuddin, yang juga Anggota Parlimen Kubang Kerian, berkata tema konvensyen kali ini adalah 'Selamatkan Malaysia' dan menyasarkan penyertaan kira-kira 100,000 orang. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan