Jamil Khir: Rakyat Malaysia Dingat Tidak Hina Agama Lain

Diterbitkan: Khamis, 13 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

YAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengingatkan rakyat negara ini agar tidak menghina agama kaum-kaum lain.

Jamil Khir berkata penghinaan terhadap sesuatu agama yang diterbitkan dalam bentuk tulisan, lukisan atau filem boleh mencetuskan keganasan dan pembunuhan seperti yang berlaku di Benghazi, Libya pada Rabu.

Beliau berkata ini kerana soal agama yang dianuti oleh setiap individu amat sensitif dan jika berlaku satu pencerobohan terhadap agama, ia boleh mengheret kepada hal yang lebih besar.

"Saya menyeru kepada semua pihak agar pegangan agama dan penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW tidak wajar dipermainkan sehingga boleh mencetuskan perkara yang tidak diingini," katanya kepada pemberita ketika mengulas mengenai penerbitan sebuah filem 'Innocence of Islam', yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Katanya isu tersebut boleh menimbulkan ketegangan masyarakat dunia sehingga boleh menyebabkan kematian seperti pembunuhan Duta Amerika Syarikat ke Libya yang ditembak mati.

Semalam Kedutaan Amerika di Benghazi diserang beribu-ribu penduduk yang mengadakan tunjuk perasaan dipercayai kerana membantah filem yang menghina Nabi Muhammad SAW sehingga menyebabkan Duta Amerika Christopher Stevens dan tiga lagi terbunuh.

Filem tersebut arahan Sam Bacile, 52, dari California yang disiarkan dalam laman Youtube dilaporkan akan digunakan oleh ekstremis anti-Islam, Terry Jones yang pernah mencetuskan kontroversi cuba membakar al-Quran untuk kempen membenci Islam di Amerika sehingga mencetuskan kemarahan orang Islam di seluruh dunia.

Terdahulu Jamil Khir menyerahkan kunci rumah baharu kepada Choo Sin Kooi, 58, kerana rumahnya terlalu daif dan hampir roboh dengan kos RM30,000 di Kampung Padang Makau dekat sini, Khamis. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan