Hina Nabi: PAS Desak Amerika Ambil Tindakan Lebih Serius - Hadi Awang

Diterbitkan: Khamis, 13 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PAS mendesak pihak pentadbiran kerajaan Amerika Syarikat mengambil langkah serius di atas provokasi kebencian beragama yang ditimbulkan melalui penerbitan filem yang menghina Nabi Muhammad SAW oleh pengarah dan penerbit filem keturunan Israel dari Amerika Syarikat.

"PAS pada asasnya menghormati perlunya kebebasan bersuara dan berkarya, tetapi kebebasan ini hendaklah berteraskan rasa kebertanggungjawaban sehingga tidak menyebabkan keharmonian hidup beragama dan kesucian yang difahami oleh umat Islam atau mana-mana kelompok agama dipermainkan," kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.

Menurutnya, mewujudkan perasaan kebencian yang cuba ditaburkan oleh kelompok tertentu ekstrimis ini adalah tindakan mundur ke belakang dan tentunya tidak akan menyumbang kepada suasana dunia yang lebih tenteram.

Beliau menegaskan, tindakan tersebut akan hanya menyebabkan berlakunya kesan negatif berangkai yang tidak menguntungkan sesiapa pun.

"PAS terkilan, sedih, dan ingin menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga kakitangan diplomatik dan keselamatan Kedutaan Amerika di Libya yang telah terbunuh dalam protes yang bertindak di luar kawalan itu," katanya.

Justeru, beliau menambah PAS juga ingin menggesa pihak kerajaan umat Islam di seluruh dunia umumnya, dan Kerajaan Malaysia khasnya untuk melindungi serta memastikan keselamatan para diplomat dan kakitangan diplomatik yang bertugas di negara ini.

"Ingin saya tegaskan bahawa Islam memberi pengiktirafan tinggi terhadap kehadiran mereka dan kerajaan umat Islam wajib menjaga keselamatan para kakitangan diplomatik ini yang menjadi sebahagian tanggungjawab pihak kerajaan tuan rumah," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Filem berjudul 'Innocence of Muslims', telah dihasilkan sepenuhnya oleh Sam Bacile dan trailer filem tersebut juga telah dimuat naik di dalam laman youtube pada 2 Julai 2012 yang lalu.

Menurut Bacile dia mendapat suntikan dana sebanyak $5 juta daripada 100 penderma Yahudi.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan