Finas Sedia Bantu Pengiat Seni Sabah

Diterbitkan: Khamis, 13 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sedia membantu untuk memperkukuhkan kedudukan industri filem tempatan di Sabah termasuk membimbing dan melahirkan penerbit yang berwibawa.

Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Mohd Nazri Abdullah berkata ini sejajar dengan wawasan kementerian yang mahu melihat industri filem di negeri ini berkembang.

"Suatu ketika dulu, ada beberapa syarikat perfileman Sabah yang berpangkalan di Semenanjung. Jadi, sebenarnya industri perfileman di negeri ini berpotensi untuk dimajukan jika ada kesungguhan dan kerjasama semua pihak yang terlibat," katanya ketika berucap pada majlis Semarak Merdeka Raya Bersama Penggiat Seni Sabah di sini, Khamis.

Turut hadir Ketua Pengarah Finas Mohd Naquib Razak.

Nazri berharap penggiat seni khususnya penerbit filem di Sabah dapat memanfaatkan peluang yang terbuka termasuk latihan filem dokumentari yang dikendalikan oleh Finas demi kebaikan mereka.

"Kita sedia mendengar keluhan penggiat seni di Sabah dan berusaha untuk mencari jalan menyelesaikannya. Apa yang penting ialah kita sehaluan dalam menjayakan inisiatif kerajaan membela nasib penggiat seni khususnya di Sabah," katanya.

Nazri menasihatikan penggiat seni termasuk penerbit filem supaya bersatu dan tidak menubuhkan terlalu banyak persatuan untuk memperjuangkan nasib mereka dalam arena perfileman.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sijil pertubuhan untuk dua persatuan iaitu Persatuan Belia Kreatif Filem Sabah dan Persatuan Perfileman Sabah (FILEM) dan sumbangan kepada beberapa artis veteran Sabah. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan