Enam Agensi Buat Kajian Khas Siasat Isu Suaram-Suara Inisiatif

Diterbitkan: Khamis, 13 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mohd Naim Daruwish. Foto GLENN GUAN
Mohd Naim Daruwish. Foto GLENN GUAN

KUALA LUMPUR: Satu kajian khas akan dibuat oleh enam agensi bagi menyiasat isu Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Suara Inisiatif Sdn Bhd (Suara Inisiatif), kata Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Mohd Naim Daruwish.

Beliau berkata, kajian itu turut melibatkan Bahagian Keselamatan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Bahagian Perundangan KDN, Bank Negara Malaysia (BNM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

"Isu yang akan dikaji dan disiasat mereka adalah mengenai status Suaram dan penerimaan serta penyaluran dana asing. SSM pula akan terus menyiasat Suara Inisiatif yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965.

"Mereka akan mengkaji sama ada terdapat pelanggaran undang-undang dan sekiranya ia di bawah kuasa masing-masing, mereka akan mengambil tindakan," katanya pada sidang media di ibu pejabat SSM di sini, Rabu.

SSM bersama enam agensi terbabit pada pagi Rabu mengadakan perbincangan yang berlangsung selama dua setengah jam mengenai isu Suaram dan Suara Inisiatif.

Mohd Naim berkata, terdapat rumusan yang positif dalam perbincangan mengenai bidang kuasa masing-masing.

"Mana-mana agensi yang berkuasa jika terdapat pelanggaran akan mengambil tindakan sewajarnya.

"Dan kita akan berjumpa dan berbincang semula mengenai kajian yang dilakukan oleh agensi masing-masing dalam tempoh dua minggu lagi," katanya.

Beliau menambah, satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan sekiranya terdapat keperluan selepas hasil kajian dan siasatan dibentangkan dalam perjumpaan kedua itu kelak.

ROS dalam satu kenyataannya pada Selasa mengesahkan bahawa Suaram merupakan sebuah pertubuhan tidak berdaftar dan tidak pernah mengemukakan permohonan untuk didaftarkan.

Suaram dilaporkan menerima dana lebih AS$180,000 (558,556) daripada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Amerika Syarikat iaitu Open Society Institute, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan spekulator mata wang, George Soros sepanjang tahun 2007 hingga 2010.

Ketika diminta mengulas timbul dakwaan bahawa siasatan terhadap Suara Inisiatif kerana ia dikaitkan dengan Suaram yang membawa kes dalam pembelian kapal selam Scorpene sehingga ke mahkamah Perancis, Mohd Naim berkata, siasatan dibuat berdasarkan laporan dan aduan yang dikemukakan.

“Kita adalah bebas dan bertindak secara profesional,” katanya.

Beliau menambah, terdapat lebih kurang sejuta syarikat yang berdaftar dengan SSM dan semakan dibuat tetapi tidak melakukannya pada satu-satu masa.

“Apabila timbul laporan atau aduan yang mengatakan akaun dan aktiviti (kaitan antara Suara Inisiatif dan Suaram) meragukan (maka) itulah masanya kita periksa secara terperinci. Jadi, bukanlah kita memilih (dalam siasatan),” katanya.

Suaram sebelum ini dilaporkan dilihat berterusan memihak kepada pembangkang dan sering mendakwa berlakunya rasuah dan penyelewangan dalam pembelian kapal selam Scorpene oleh Malaysia.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan