Zambry: Pelan Pembangunan Pendidikan, Petanda Baik Untuk Masa Depan Negara

Diterbitkan: Rabu, 12 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyifatkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang dirangka untuk generasi baharu sebagai petanda baik untuk masa depan pendidikan negara.

Beliau berkata pelan yang laporan awalnya dibentangkan semalam oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, merupakan transformasi sektor pendidikan yang merentasi politik.

"Seperti yang disebutkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) soal pendidikan bukan merupakan soal politik tetapi yang penting ialah bagaimana melahirkan generasi yang benar-benar berwibawa untuk masa depan negara, generasi yang ada kemahiran dan dapat dibimbing berteraskan nilai-nilai moral yang baik," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco di sini, Rabu.

Beliau berkata mengulas Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang dilancarkan perdana menteri di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur semalam.

Katanya pelan pendidikan itu juga adalah untuk memastikan sektor pendidikan negara berada di tahap kompetitif khususnya di peringkat antarabangsa.

Laporan itu menggariskan 11 anjakan penting bagi tempoh 13 tahun akan datang antaranya merancang Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) menjelang 2017, meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris guru dengan memastikan semua 70,000 guru Bahasa Inggeris lulus Cambridge Placement Test (CPT) dalam tempoh dua tahun dan mentransformasi profesion perguruan.

Menurut Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, keseluruhan anjakan ini akan memberi impak yang besar kepada peningkatan kualiti pendidikan negara. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan