SPA: Calon Gagal Diberi Peluang Sekali Lagi

Diterbitkan: Rabu, 12 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kira-kira 46,921 calon yang lulus dalam peperiksaan memasuki perkhidmatan awam dan program pusat penilaian (PAC)tetapi belum berjaya dilantik,masih berpeluang mengisi kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam berkata daripada jumlah itu 40,424 ialah calon yang lulus peperiksaan dan selebihnya 6,501 calon lulus PAC.

"Calon-calon itu akan dipanggil semula untuk ditemu duga tanpa perlu menduduki peperiksaan atau PAC semula sekiranya terdapat kekosongan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan jawatankuasa khas mengkaji penyertaan kaum Cina dalam perkhidmatan awam di sini, Rabu.

Mahmood berkata peluang itu hanya layak kepada mereka yang lulus peperiksaan dan PAC dari tahun 2008 hingga 2012 sahaja.

Sementara itu, Mahmood berkata dua kumpulan terdiri daripada pegawai SPA akan dihantar ke China dan India untuk mendapatkan maklumat mengenai pelantikan penjawat awam di negara berkenaan. Beliau berkata ia bagi membolehkan SPA mencari kaedah lain bagaimana menarik minat lebih ramai kaum Cina dan India menyertai perkhidmatan awam.

Mengikut statistik untuk Julai dan Ogos 2012 berlaku peningkatan dalam permohonan daripada kaum Cina berbanding bulan yang sama tahun lepas.

Pada Julai sebanyak 3,543 (2012) dan 1,447 (2011) manakala pada Ogos 2,930 (2012) dan 1,282 (2011); kaum India pula bulan Julai sebanyak 6,638(2012) dan 2,277 (2011),untuk Ogos sebanyak 4,830 (2012) dan 2,472 (2011). BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan